Selasa, 11 Mei 2021

POLIS, ESSCOM TAHAN LAPAN AHLI KUMPULAN ABU SAYYAF DI BEAUFORT.

TANGKAPAN AHLI KUMPULAN ABU SAYYAF WARGANEGARA FILIPINA DI BEAUFORT

Pada 8 Mei 2021, lebih kurang jam 0300 pagi, hasil risikan dan operasi khas ESSCOM yang dibantu oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah telah berjaya menangkap seramai 37 orang warganegara Filipina yang terdiri daripada lapan lelaki dewasa, lapan wanita dewasa dan 21 orang kanak-kanak di kawasan paya bakau Taman Sri Arjuna, Beaufort. 

Hasil semakan terhadap semua tangkapan dengan Pihak Keselamatan Filipina, mereka telah mengesahkan bahawa lapan orang lelaki dewasa adalah merupakan ahli Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dan dua daripadanya adalah tersenarai sebagai orang yang paling dikehendaki (the most wanted list) oleh Kerajaan Filipina.

Semakan lanjut juga mendapati, dua suspek wanted list tersebut pernah terlibat dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan marin Filipina di BUD Bawis Complex, Panamao Sulu pada tahun 2011, 2018, 2019 dan terbaharu pada November 2020.
Selain itu, Kedua-dua suspek juga turut terlibat dalam beberapa kes penculikan warga asing di Philipina.

Kesemua tangkapan ini disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan direman bermula 9 Mei hingga 12 Mei 2021 bagi membolehkan pihak polis mendapatkan lebih banyak maklumat risikan seperti; 
a)Tujuan kemasukan mereka ke Sabah? 
b)Bagaimana laluan keluar masuk ke Sabah? 
c)Adakah mereka membawa sebarang senjata api ke Sabah?
d) Adakah wujud bantuan fasilitator kemasukan mereka ke Sabah dan semasa di Sabah? 
e)Adakah wujud sel tersendiri bagi ISIS dan ASG di Sabah?

ESSCOM memandang serius sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan termasuklah aktiviti ancaman ASG. ESSCOM akan terus memantau dan berkerjasama dengan semua agensi keselamatan di ESSZone khasnya dan di Sabah amnya untuk berkongsi serta bertukar-tukar maklumat risikan, juga bersiap sedia melaksanakan operasi sebegini pada masa hadapan jika diperlukan bagi mengagalkan sebarang ancaman jenayah yang boleh mengugat kestabilan dan keselamatan di ESSZone khasnya dan Sabah amnya.
 
Tangkapan di atas membuktikan keberkesanan kerjasama risikan dan kemampuan melaksanakan operasi keselamatan oleh ESSCOM dengan PDRM dan lain-lain agensi keselamatan dalam menangani  sebarang cubaan mengembangkan aktiviti ISIS di ESSZone dan wilayah lain di Sabah.

DCP Datuk Ahmad Fuad Othman
Komander ESSCOM
10 Mei 2021 (Isnin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...