Sabtu, 29 Mei 2021

(TERKINI) FASA PERTAMA 'TOTAL LOCKDOWN' BERMULA 1 JUN 2021.

YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan 'total lockdown' melibatkan Fasa Pertama bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Keputusan ini juga mengambil kira suara rakyat, serta cadangan rakyat yang mahu pelaksanaan 'total lockdown' yang banyak diluahkan di media sosial.

Kita mendengar, dan kita mahu yang terbaik buat rakyat.

Kesihatan dan keselamatan rakyat adalah perkara penting yang akan terus diutamakan di negara ini.

Stay Safe semua, saya sayang kalian semua.(Ismail Sabri Yaakob)


Khamis, 27 Mei 2021

450 KEKOSONGAN JAWATAN DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA.


IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
=============================================

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

IJAZAH (PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)

JAWATAN    : PENGAMBILAN KADET PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK BAGI MENGIKUTI KURSUS DIPLOMA PASCA SISWAZAH PENGURUSAN AWAM SESI 2022                                         
KEKOSONGAN : 400    
SIMPANAN   : 50
   
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :

*Warganegara Malaysia
*Berumur 18 tahun keatas pada tarikh tutup iklan
*Memiliki ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
*Lulus peperiksaan pentadbiran dan diplomatik yang ditetapkan
*Lulus ujian kecergasan jasmani kebangsaan


Selanjutnya boleh rujuk  DISINI

Tarikh tutup permohonan : 07 Jun 2021 (Isnin), jam 11.59 malam.
 
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

Sekian, terima kasih

Jumaat, 21 Mei 2021

(MOHON SEGERA) JAWATAN KOSONG SPP 2021.



Kekosongan jawatan bagi anggota kumpulan pelaksana gred 11 - gred 19 bagi tahun 2021.

Majikan: Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP)

Senarai kekosongan jawatan:

* Pembantu Tadbir Perkeranian p/o N19
* Pembantu Pengurusan Murid N 19
* Pegawai Khidmat Pelanggan N19
* Penyelia Asrama N19
* Pembantu Makmal C19
* Pembantu Operasi N11
* Pemandu H11

Syarat Permohonan:

* Warganegara Malaysia
* Berumur 18 tahun keatas
* SPM / kelayakan yang diiktiraf setaraf 
* Lulus enam matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran  adalah diperingkat kepujian dan selebihnya diperingkat lulus.
* Kepujian Gred C dalam bahasa melayu




Permohonan boleh dibuat   DISINI

(MOHON SEGERA) JAWATAN PEMBANTU ANTIDADAH GRED S19.

IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
=============================================

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

SPM/ SPM & SKM (KUMPULAN PELAKSANA)

JAWATAN    : PEMBANTU ANTIDADAH GRED S19
KEKOSONGAN : 20
SIMPANAN   : 50

Maklumat syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan di pautan berikut :

Tarikh tutup permohonan : 30 Mei 2021 (Ahad), jam 11.59 malam.  

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

Sekian, terima kasih.

Khamis, 20 Mei 2021

[TERKINI] PENJELASAN MENGENAI KRITERIA KELAYAKAN PROGRAM eBELIA

 


[TERKINI] PENJELASAN MENGENAI KRITERIA KELAYAKAN PROGRAM eBELIA⠀
Kementerian Kewangan Malaysia mengambil maklum mengenai kemusykilan orang ramai mengenai kriteria kelayakan Program eBelia, iaitu mengenai had umur dan status pengajian pemohon.⠀
Oleh itu, Kementerian Kewangan Malaysia ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa inisiatif ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang:⠀
(1) mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada 2001-2003); 

ATAU⠀
(2) belajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

Ini bermakna, mereka yang berusia lebih 20 tahun tetapi belajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar layak untuk menerima manfaat eBelia.

Rabu, 19 Mei 2021

(TRANDING) RESEPI LAKSA JOHOR cara RARA EDDY.

Resepi laksa johor cara Rara Eddy.

Spaghetti rebus dengan garam dan sedikit minyak, lepas direbus lalukan bawah air supaya proses memasak dapat dihentikan untuk elak spaghetti terlampau kembang.

2kg ikan sardin/kembung rebus asing tulang dan kisar ( tinggalkan dalam sengenggam dua isi supaya kuah laksa ada tekstur)
Tulang selepas dikisar perlu ditapis.

Udang minyak 300gram kopek isi dan kulit rebus dan kisar asing, kulit selepas dikisar ditapis.

Isi tenggiri 300gm (jika takde tak mengapa tetap manis)

Bahan kisar 

Serai 6-7 batang
Bawang merah besar 5 biji
Lengkuas 2 inci
Halia 2 inci
Cili kering 15 ke 20 batang
Kisar semua sehingga hancur lumat.

Bahan tumisan

Minyak masak anggaran secawan
Rempah kari babas 2 paket kecil
Kerisik sepaket kecil
Garam
Ajinomoto

Tumis kan bahan kisar sehingga pecah minyak 2 3 kali. Setiap kali pecah minyak tambah air. Kemudian masukkan rempah kari bersama bahan perasa.

Kuah dah terbit minyak dan cantik boleh masukkan isi ikan yang dikisar, isi ikan kasar, air tulang ikan, air kulit udang dan juga isi udang.

Diikuti kerisek dan santan.

Kuantiti air mesti dijaga, sebab kuah laksa johor mesti pekat. Ikut kepekatan yang disukai. Kalau saya agak2 senang makan pakai tangan.

Bahan ulam

Taugeh
Timun
Bawang besar
Lobak masin
Limau
Daun kesum

Sambal belacan

Belacan 2 inci mesti dibakar hingga naik bau
Cili merah

Selamat mencuba tuan-tuan dan puan-puan. 

Isnin, 17 Mei 2021

(TERKINI) KREDIT e-TUNAI UNTUK 2 JUTA BELIA & PELAJAR SEPENUH MASA DIBUKA 1 JUN 2021.

TERKINI: eBelia - RM 300 JUTA KREDIT e-TUNAI UNTUK 2 JUTA BELIA & PELAJAR SEPENUH MASA DIBUKA 1 JUN 2021⠀
Sukacita diumumkan Program eBelia, iaitu sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021, dengan peruntukan RM300 juta untuk 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak akan dibuka bermula 1 jun 2021. Tujuan utama program ini adalah untuk meringankan beban kewangan mereka dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.⠀
Sebelum ini, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM100 kredit e-tunai kepada belia yang layak. Menerusi #PEMERKASA, Kerajaan telah menambah baik program ini dengan meningkatkan peruntukan kepada RM300 juta. Ini bermakna setiap belia/pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit dari penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, Shopee atau Touch ‘n Go eWallet, yang juga akan menawarkan insentif tambahan berdasarkan kempen masing-masing. 
Terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi; KBSMalaysia ; Kementerian Pendidikan Malaysia ; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ; Kementerian Pembangunan Luar Bandar ; Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM atas kerjasama di dalam menjayakan program eBelia ini. 



Kementerian Kewangan Malaysia

Ahad, 16 Mei 2021

CARA MUDAH & BERKESAN HAPUSKAN JERAWAT DI BADAN.


Hai pembaca Info Kita, terima kasih sebab sudi singgah di laman blog Info Kita. Ok tanpa buang masa kita teruskan ke point utama iaitu cara rawat atau kurangkan masalah jerawat di badan, mesti ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah jerawat badan lagi-lagi dengan cuaca di negara kita ini sangat mempengaruhi timbulnya jerawat di tubuh badan kita. 

Admin pun sebenarnya ada masalah jerawat badan, bukan bahagian belakang sahaja tapi juga di bahagian leher dan dada. Rimas betul, kadang-kadang tangan ni pandai gatal hendak menggaru dan bila di garu lama-lama luka bila sudah luka jadilah parut yang berwarna hitam. 

Jadi admin pun cari lah cara penyelesaian, cari punya cari admin jumpalah satu sabun ni, mau tahu sabun apa rujuk gambar dibawah.

Tadaaa perkenalkan Sabun sulfur & Salicylic Acid. Sabun ni memang terbaik, antara fungsi sabun ni:

*menghapuskan jerawat
*menanggalkan kulit mati
*mengelakkan pori tersumbat
*membunuh bakteria
*mengurangkan bau badan
*melembutkan kulit

Serius lepas guna sabun ni kulit memang lembut dan bersih. Biasanya jenis kulit muka berminyak ni selalu nampak kusam kan? Kalau kamu cuci muka guna sabun ni serius nampak bersih dan memang bersih pun kan kalau sudah cuci muka hee. Tapi admin ni jenis kulit kombinasi berminyak dan kering jadi setiap kali lepas cuci dan keringkan muka admin kena guna pelembap kulit.

Dimana boleh dapatkan sabun ni? Sebenarnya sabun ni mudah didapati dimana-mana Farmasi, sabun sulfur ni juga ada bermacam jenis dan jenama jadi kamu boleh pilih mana yang berkenan. Kalau ragu-ragu dengan keberkesanaan atau kesesuaian dengan kulit boleh cuba sabun yang size kecil dahulu.


Sebelum admin lupa ,admin hendak berikan satu tips tapi rasanya ramai yang sudah tahu, kalau kamu cuci muka pastikan cuci dengan lembut, jangan sental lama-lama ,jangan sental secara kasar sebab ia akan merosakkan kulit kamu . Sentiasa jaga kebersihan dan elakkan memicit jerawat. 

P/S: Harga sabun dalam Rm8++ tapi ikut farmasi juga mungkin ada jual harga lebih rendah & mungkin juga ada yang jual harga tinggi. 

Rabu, 12 Mei 2021

SEORANG PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN SATU TIDAK DAPAT BERGERAK DIPERCAYAI DIPUKUL PELAJAR LAIN.


"Budak Sekolah Dibantai Separuh Mati" 

Hanya kerana salah faham, seorang pelajar perempuan tingkatan satu telah dipukul separuh mati oleh dua orang pelajar perempuan yang lain di Bukit Beruntung, Rawang Selasa lalu.

Sekitar jam 3.28 minit petang, pihak sekolah telah memaklumkan kepada ibu mangsa bahawa pelajar terbabit telah terlantar lemah di kawasan perkarangan sekolah. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan susulan.

Mangsa yang hampir mengalami kecederaan pada kesemua bahagian tubuh badannya kini tidak mampu bergerak dan seringkali hampir terjatuh setiap kali dia cuba untuk berjalan.

Laporan polis telah pun dikemukakan namun keluarga mangsa masih menunggu tindakan selanjutnya diambil dari pihak berkuasa terhadap dua orang pelajar perempuan yang telah memukul mangsa.

Kredit: PPIM

(EDISI TERHAD) PAKEJ TELEFON DIGI PREPAID JARINGAN PRIHATIN.

APA ITU JARINGAN PRIHATIN B40???

1. semua penerima BPR layak !

2. ada dua rebet -RM180 & RM300
 - RM180 untuk bujang, ibu/ bapa tunggal yang tiada tangungan bawah bpr,pasangan yang tidak ada tangungan.
-RM300 untuk pasangan yang berkeluarga serta ada anak/ tangungan

3. sekali tebus je & untuk penerima BPR SAHAJA ! bukan isi rumah.

4. Boleh tebus 1 telco sahaja.Tidak semestinya kena pakai telco tu untuk tebus.

contoh nak tebus dengan DIGI tak perlu pakai Digi untuk tebus.Semua yang layak boleh tebus !

Kelebihan DIGI? dapat rebet RM300?? dengan RM100 sahaja ! akan dapat telefon SAMSUNG A02+ LINE PREPAID 3 BULAN !! skali bayar SAHAJA !! tanpa bayaran lain dah !!

nak tebus?klik link dibawah ...Step tebus CARA MUDAH !!


Kredit: Tie Are

Selasa, 11 Mei 2021

PENGAMBILAN DIBUKA BAGI JAWATAN GURU TABIKA PERPADUAN (JPNIN).


Permohonan dibuka bagi pengambilan Guru Tabika perpaduan gred S29, Guru Tabika Perpaduan gred N11, Jurutera & Pembantu Tadbir.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan👉👉👉 Klik disini

POLIS, ESSCOM TAHAN LAPAN AHLI KUMPULAN ABU SAYYAF DI BEAUFORT.

TANGKAPAN AHLI KUMPULAN ABU SAYYAF WARGANEGARA FILIPINA DI BEAUFORT

Pada 8 Mei 2021, lebih kurang jam 0300 pagi, hasil risikan dan operasi khas ESSCOM yang dibantu oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah telah berjaya menangkap seramai 37 orang warganegara Filipina yang terdiri daripada lapan lelaki dewasa, lapan wanita dewasa dan 21 orang kanak-kanak di kawasan paya bakau Taman Sri Arjuna, Beaufort. 

Hasil semakan terhadap semua tangkapan dengan Pihak Keselamatan Filipina, mereka telah mengesahkan bahawa lapan orang lelaki dewasa adalah merupakan ahli Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dan dua daripadanya adalah tersenarai sebagai orang yang paling dikehendaki (the most wanted list) oleh Kerajaan Filipina.

Semakan lanjut juga mendapati, dua suspek wanted list tersebut pernah terlibat dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan marin Filipina di BUD Bawis Complex, Panamao Sulu pada tahun 2011, 2018, 2019 dan terbaharu pada November 2020.
Selain itu, Kedua-dua suspek juga turut terlibat dalam beberapa kes penculikan warga asing di Philipina.

Kesemua tangkapan ini disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan direman bermula 9 Mei hingga 12 Mei 2021 bagi membolehkan pihak polis mendapatkan lebih banyak maklumat risikan seperti; 
a)Tujuan kemasukan mereka ke Sabah? 
b)Bagaimana laluan keluar masuk ke Sabah? 
c)Adakah mereka membawa sebarang senjata api ke Sabah?
d) Adakah wujud bantuan fasilitator kemasukan mereka ke Sabah dan semasa di Sabah? 
e)Adakah wujud sel tersendiri bagi ISIS dan ASG di Sabah?

ESSCOM memandang serius sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan termasuklah aktiviti ancaman ASG. ESSCOM akan terus memantau dan berkerjasama dengan semua agensi keselamatan di ESSZone khasnya dan di Sabah amnya untuk berkongsi serta bertukar-tukar maklumat risikan, juga bersiap sedia melaksanakan operasi sebegini pada masa hadapan jika diperlukan bagi mengagalkan sebarang ancaman jenayah yang boleh mengugat kestabilan dan keselamatan di ESSZone khasnya dan Sabah amnya.
 
Tangkapan di atas membuktikan keberkesanan kerjasama risikan dan kemampuan melaksanakan operasi keselamatan oleh ESSCOM dengan PDRM dan lain-lain agensi keselamatan dalam menangani  sebarang cubaan mengembangkan aktiviti ISIS di ESSZone dan wilayah lain di Sabah.

DCP Datuk Ahmad Fuad Othman
Komander ESSCOM
10 Mei 2021 (Isnin)

Jumaat, 7 Mei 2021

CARA SEMAKAN & SENARAI SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG MENYERTAI JARINGAN PRIHATIN.


TERKINI! PENDAFTARAN DIBUKA 5 MEI - 31 JULAI UNTUK JARINGAN PRIHATIN⠀
KELAYAKAN: Untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)⠀
MANFAAT: Bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih. ⠀
NILAI MANFAAT: RM3.5 bilion (RM2b dari Kerajaan dan RM1.5b faedah padanan dari syarikat telekomunikasi)⠀
ADA ANAK <18 TAHUN: Bantuan RM300 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun⠀
TIADA ANAK: Bantuan RM180 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun  ⠀
PENDAFTARAN: 5 Mei - 31 Julai 2021. Daftar dengan syarikat telekomunikasi pilihan ⠀
MAKLUMAT LANJUT: https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin
 ⠀
Syarikat-syarikat telekomunikasi yang menyertai Program Jaringan Prihatin⠀
Celcom: DISINI

Digi: DISINI

Maxis: DISINI

Mcalls: DISINI

redONE: DISINI

speakOUT: 

Tune Talk:  DISINI

U Mobile: DISINI

unifi Mobile: DISINI

XOX Mobile: DISINI

YES: DISINI

Yoodo: DISINI
Tengku Zafrul Aziz⠀
Menteri Kewangan

JAWATAN KOSONG JPSM SABAH.

IKLAN JAWATAN KOSONG JURULATIH SAMBILAN 
JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA NEGERI SABAH
(KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGERI SABAH)

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah (JPSM) dengan sukacita mempelawa calon-calon Bumiputera Sabah yang berkelayakan dalam bidang berikut untuk mengisi kekosongan jawatan Jurulatih Sambilan di Kampus Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM Jalan Pantai Manis, Papar, Sabah.

(1) Jawatan : JURULATIH SAMBILAN

(2) Taraf Jawatan : Sambilan

(3) Bayaran Elaun Mengajar : Dibayar secara jam

(4) Kekosongan : 1)   Subjek Pengajian Islam – Dua (2)
kekosongan
 2) SKM Operasi Sistem Komputer (IT-020-3:2012) – Satu (1) kekosongan
 3) SKM Operasi Pengemasan dan Pengecatan Automotif (TP-412-3:2013) atau SKM Pengemasan & Pengecatan Semula Kenderaan (G452-005-3:2019) – Dua (2) kekosongan

Syarat lantikan:

-Warganegara Malaysia
-Berumur tidak kurang daripada 22 tahun pada tarikh tutup iklan
-Lulus dengan kepujian dalam subjek bahasa melayu termasuk ujian lisan dalam sijil pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia

Bagi individu yang berminat untuk memohon dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil SPM, Diploma, Ijazah atau Dkm serta salinan sijil atau dokumen yang berkaitan yang telah disah ke alamat seperti dibawah.

Rabu, 5 Mei 2021

JAWATAN KOSONG TERKINI MAJLIS SUKAN NEGARA 2021.


Jawatan Kosong Terkini Majlis Sukan Negara

Senarai Kekosongan:

🎯 PEGAWAI DIETETIK
🎯CHEF DE PARTIE
🎯PEMBANTU PENTADBIRAN
🎯TUKANG MASAK
🎯KREW PERKHIDMATAN
🎯KREW STEWARD

Syarat permohonan:

*Warganegara malaysia
*Berumur 18 tahun keatas pada tarikh tutup iklan jawatan
*Memiliki kelulusan SPM atau SVM atau kelulusan yang diikitiraf kerajaan
*Subjek bahasa melayu sekurang-kurangnya kepujian gred c

Gaji: RM2000-RM8000

Permohonan yang lengkap boleh diemailkan atau dikirimkan ke alamat yang tertera dibawah.

Permohonan yang dihantar melalui pos hendaklah ditulis nama jawatan dibahagian atas sebelah kiri sampul surat.

Selasa, 4 Mei 2021

SUBSIDI RM300 BOLEH DITEBUS BERMULA 05/MEI/2021.


Golongan B40 boleh menebus subsidi Rm300/Rm180 (mengikut kelayakan) bagi pembelian telefon pintar atau langganan internet bermula 5 Mei 2021.

LANGGAN INTERNET/PEMBELIAN TELEFON BIMBIT BARU

Kerajaan mengumumkan bantuan RM300/RM180 kepada lapan juta belia dalam bentuk kredit telekomunikasi/ kos pembelian telefon bimbit baru  untuk golongan B40 bertujuan mengurangkan beban kewangan mendapatkan kemudahan internet.

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN B40 RM300/RM180

Bermula 5 Mei 2021, lebih kurang lapan juta penerima dari golongan B40 akan menerima bantuan RM300/RM180 ringgit seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi/kos pembelian telefon bimbit baru.

TUJUAN BANTUAN B40 RM300/RM180

Berikut adalah tujuan bantuan ini:

Perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baru

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN B40 RM300/RM180

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan ini:

  • Golongan B40
  • Termasuk dalam kategori belia

SOALAN LAZIM BANTUAN B40 RM300/RM180

Bilakah bermula bantuan ini?

Bermula 5 Mei 2021, individu B40 layak memohon bantuan kredit telekomunikasi bernilai RM300/RM180.

Adakah tawaran daripada syarikat telekomunikasi untuk pengguna?

Ya,Syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan tawaran berkaitan subsidi ini kepada pengguna

Siapakah yang layak dapat RM180?

Golongan B40 bujang / isi rumah yang tidak mempunyai anak bersekolah

Siapakah yang layak dapat RM300/RM180?

Golongan B40 isi rumah dengan anak bersekolah

Macam mana nak guna bantuan ini?

Bantuan ini boleh digunakan untuk langganan Internet atau pembelian telefon bimbit baru.

Bagaimana cara tebus RM300/RM180 ?

Anda boleh datang ke mana-mana kedai telekomunikasi berhampiran anda.

JAWATAN KOSONG KERANI TNB.

Berikut merupakan maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Majikan: TNB Engineering Corporation Sdn Bhd
Jawatan: Kerani
Lokasi: Selangor 
Tarikh tutup: 14 mei 2021

Calon yang berkelayakan boleh membuat permohonan melalui pautan di bawah.

klik sini untuk memohon.

PELBAGAI JAWATAN KOSONG SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR.



IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

Nota : 
Permohonan hanya diterima pada melalui Borang SPAJ.01-Online SAHAJA. 
Pemohon perlu mendaftar sebagai pencari kerja untuk membuat permohonan secara ONLINE  DISINI 

Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume TIDAK diperlukan. 
Sila ikuti Portal, Facebook dan Twitter rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor untuk mengetahui perkembangan semasa. Harap maklum. 

Untuk maklumat lanjut sila layari portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor.

Jawatan Kosong Terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ)

Kekosongan:

🎯Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 – 11 Kekosongan
🎯Pelukis Pelan (Senibina) Gred JA19 – 6 Kekosongan
🎯Juruteknik Komputer Gred FT19 – 8 Kekosongan4.
🎯Pembantu Perikanan Gred G19 – 4 Kekosongan
🎯Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 – 34 Kekosongan
🎯Penghantar Notis Gred N11 – 9 Kekosongan
🎯Pengawal Keselamatan Gred KP11 – 11Kekosongan











JAWATAN KOSONG LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA.


Kekosongan jawatan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia 2021.

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang  dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).
 
Permohonan hendaklah dibuat dengan  memuat turun borang permohonan  [klik di sini] dan e-melkan ke EMAIL DISINI.   Maklumat lanjut berkaitan Pernyataan Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat lainuntuk permohonan jawatan : [klik di sini].

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung di Bahagian Khidmat Pengurusan (Seksyen Pengurusan Sumber Manusia) di alamat berikut: 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Tingkat 13-17, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras
56100 Kuala Lumpur
(u.p:  Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)
No. Telefon : 03-92822235
 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 31 MEI 2021 (ISNIN)

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...