Rabu, 31 Mac 2021

TERKINI: IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM.(Calon Sabah)

IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
=============================================

KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA DAN PELBAGAI KEMENTERIAN/ JABATAN (SABAH)

SRP/PMR/PT3 (KUMPULAN PELAKSANA)

JAWATAN    : PEMANDU KENDERAAN GRED H11
KEKOSONGAN : 30
SIMPANAN   : 100

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :

Tarikh tutup permohonan : 07 April 2021 (Rabu), jam 11.59 malam. 

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

Sekian, terima kasih.

WAJIB BACA: FAIL FARAID PERIBADI MUDAHKAN URUSAN DI KEMUDIAN HARI.


Kena buat ni.

Ada sahabat yang tanya apa perlu ada dalam file personal/faraid kita. 

Sebenarnya perkara ini arwah mak saya telah amalkan. Dia selalu pesan kalau jadi apa-apa, semua documents ada dalam file ini. Dan bila arwah meninggal sebab kemalangan jalanraya, saya tak susah mencari details yand diperlukan.

Antara isi kandungan file (cadangan) :

1. Salinan kad pengenalan diri sendiri dan ahli keluarga. Arwah mak buat copy 5-10 keping setiap salinan.
(which sangat membantu sebab bila dalam keadaan kelam kabut, orang dok minta copy. Kepala dah serabut memang tak leh fikir nak photostate kot celah mana) 

2. Salinan sijil nikah
(ini pun mak buat 5 keping copy setiap satu) 

3. Sijil kematian ahli keluarga

4. Senaraikan aset

5. Buat nota senarai hutang samada persorangan, ansuran bulanan atau loan bank. Siapa perlu uruskan? Perlu bayar pakai duit apa seperti daripada KWSP atau insurans? 

6. Senaraikan insurans yang kita ambil. Untuk diri sendiri dan orang lain. Nyatakan nama agent juga.

7. Senaraikan nama ahli keluarga serta pertalian waris

8. Kemaskini maklumat akaun bank dan kata laluan akaun bank. Maklumkan kepada pasangan
(jangan buat list hardcopy pula. Try to save kat tempat selamat sebab kalau dpt pasangan macam saya, parah gak. Confirm tak ingat haha) 

9. Kemaskini senarai penama atau pemilik hibah. Nyatakan nama agent untuk dihubungi. 

10. Ada aset berharga seperti emas atau barangan koleksi peribadi yang ingin diagihkan  kepada penerima mengikut hasrat tertentu? Jika ada emas digadai, senaraikan di mana dan barang apa

11. Jika ada buat pelaburan, senaraikan seperti saham, unit trust, koperasi, fixed deposit dan lain-lain

12. Passport. Penting nie sebab nanti kalau waris kita nak renew, kena bawa passport lama. Especially anak-anak. 

13. Bincang dengan pasangan sekiranya berlaku kematian serentak anda berdua, siapakah yang akan menjaga dan menjadi pemegang amanah anak-anak.

Boleh tambah lagi jika rasa penting untuk pasangan kita ambil maklum. Ikut keperluan masing-masing. Ini hanyalah sekadar cadangan.

#copypasteshare
#semogabermanfaat
#kematianitupasti

Selasa, 30 Mac 2021

PERBEZAAN ANTARA GKP TAMBAHAN DAN GKP 3.0.

Tengku Zafrul menyatakan bahawa beliau terima banyak pertanyaan tentang GKP Tambahan PERMAI dan GKP 3.0 PEMERKASA.  

Ramai yang keliru perbezaan antara kedua-dua GKP ini. Untuk memudahkan kefahaman semua, boleh rujuk kepada jadual di bawah. 


Soalan panas tentang GKP Tambahan Permai : Dah 25/3, mengapa saya belum terima bayaran GKP? 

Jawapan:  Pembayaran dibuat secara berperingkat mulai 25 - 31/3. Jadi, siapa yang belum terima, harap boleh bersabar. InsyaAllah akan terima selewat-lewatnya esok.

KementerianKewanganMalaysia

BANTUAN COVID 19 NEGERI SABAH BAGI USAHAWAN MIKRO DAN KOTEJ MASIH DIBUKA.


Permohonan boleh dibuat melalui link tersebut:



Bantuan Prihatin Covid-19 2.0

Bantuan Kerajaan Negeri Sabah ini adalah satu pakej bantuan untuk meringankan beban usahawan mikro dan kotej yang terjejas kesan daripada pandemik Covid-19.

Jenis Bantuan

Bantuan ini adalah bayaran tunai RM300 secara one-off kepada usahawan mikro dan kotej yang layak

Sasaran Bantuan

Usahawan Mikro & Kotej yang mengeluarkan produk dengan pendapatan tahunan RM50,000.00 dan ke bawah.

Kaedah Pembayaran

Bayaran terus ke akaun bank peribadi usahawan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid-19 2.0. Sila pastikan bahawa akaun bank yang dikemukakan adalah masih aktif.

Syarat-syarat Permohonan

Usahawan mikro dan kotej dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan beroperasi di Sabah.
  2. Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Kotej yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk sahaja.
  3. Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah, atau Surat Pengesahan membuktikan ada perniagaan dijalankan daripada Pengerusi JPKK / Ketua Kampung / Kapitan / Pejabat Daerah. (Ini adalah kelonggaran daripada Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 Mikro dan Kotej Sabah pada mesyuaratnya bertarikh 23 Feb 2021)
  4. Mengisi dengan lengkap borang permohonan Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 2021 secara atas talian sahaja.
  5. Keutamaan adalah diberi kepada usahawan mikro dan kotej yang belum pernah mendapat bantuan dari mana-mana kementerian, jabatan dan agensi dan yang belum pernah mendapat Bantuan IKS (BAIKS) dan Bantuan SND UMC 2020.
  6. Permohonan daripada kategori perkhidmatan, profesional, kontraktor dan ahli-ahli koperasi yang menggunakan lesen koperasi adalah tidak diterima,
  7. Sebarang maklumat palsu yang diterima daripada pemohon akan ditolak serta merta.
  8. Bantuan ini tidak merangkumi kategori penjaja, perkhidmatan, pelancongan, petani, penternak dan nelayan.
  9. Menyertakan dokumen sokongan berikut :

a. Salinan kad pengenalan

b. Salinan lesen perniagaan yang sah

c. Gambar premis perniagaan dan produk bersama pemilik

Disclaimer / Penafian

  1. Segala keputusan Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 Mikro dan Kotej Sabah adalah MUKTAMAD.
  2. Pihak DIDR TIDAK PERNAH melantik agen atau wakil untuk mengurus permohonan bantuan ini.
  3. Data peribadi yang dikemukakan melalui borang permohonan hanya untuk kegunaan dalaman bagi tujuan pemprosesan sahaja.

(Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi: Keempat prinsip Keselamatan -

apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah

supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan

kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan)

Peringatan!!

Sila ambil perhatian bahawa akaun-akaun bank yang tersenarai di bawah adalah TIDAK diterima :

a. Tabung Haji

b. ASB

c. Bank Muamalat

d. Akaun bersama

e. Akaun Syarikat

f. Akaun Sijil Simpanan Premium (SSP)

Cara Permohonan

Permohonan bantuan ini adalah secara atas talian sahaja.

Tarikh tutup permohonan bantuan ini adalah DILANJUTKAN sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Harap maklum.


ELAKKAN BELI, MAKAN SERTA TANGKAP PARROTFISH (SCARIDAE).


Tolong jangan dan elakkan beli, makan serta tangkap Parrotfish (Scaridae) ataupun nama melayunya Ikan Ketarap/Bayan. 

Admin selalu nampak ikan ni dijual di pasar basah. Ya, memang ada yang kata ikan ini sedap tapi, parrotfish ini semakin lama semakin berkurang dan ianya adalah antara ikan terpenting di ekosistem terumbu karang. Bila berlakunya boikot, maka tiada lagi pihak yang akan menjualnya.

Ikan bayan mempunyai bentuk mulut bermuncung dengan gigi yang khusus untuk memakan rumpai-rumpai laut dan parasit yang tumbuh di batu karang yang hidup. Rumpai laut adalah antara penyebab utama kematian batu karang (rumpai akan bersaing bersama zooxanthellae yang hidup di batu karang bagi mendapatkan cahaya matahari). Dan jika rumpai ini tidak dimakan oleh ikan (parrotfish), maka batu karang akan mati. Kematian batu karang akan merosakkan ekosistem karang dan lalu boleh mengakibatkan menjejaskan ekosistem laut itu sendiri. Laut yang mati lambat laun akan mengakibatkan daratan turut mati. 

Ikan Bayan menghabiskan 90 peratus waktunya dengan memakan rumpai di permukaan coral. Dan hasil buangan (tahi) ikan ini dikeluarkan dalam bentuk pasir. Dan mampu menghasilkan 100kg pasir setahun sepanjang hayatnya! Bayangkan betapa banyaknya pasir akan diperolehi jika ikan ini tidak diganggu. Maybe boleh membantu mengurangkan hakisan pasir.

Sudah tibanya pelbagai pihak menyuntik kesedaran kepada nelayan untuk tidak lagi menangkap ikan ini. Banyak lagi ikan di luar sana, tolong biarkan ikan comel ini hidup di terumbu karang. Terumbu karang  memerlukan mereka untuk terus hidup dan terus berkembang demi ekosistem laut yang sihat.

Gambar : Fii Tee


GOLONGAN IBU MENGANDUNG YANG SAYA NASIHATKAN JANGAN BERPUASA. (Dr.Muhammad Izzat)


Golongan ibu mengandung yang saya nasihatkan JANGAN berpuasa :

1) Ibu yang ada GDM dengan bacaan gula yang tak terkawal, termasukla semua ibu GDM yang sedang on insulin. Mereka yang ada GDM on diet control, boleh berpuasa sekiranya doktor merawat dah menilai yang mana ibu selamat berpuasa.

2) Ibu yang berisiko untuk dapat darah beku ( venous thromboembolism), termasuk ibu yang sedang penerima ubat cucuk untuk cairkan darah ( clexane/heparin) serta faktor-faktor lain yang doktor fikirkan akan meningkatkan risk si ibu untuk dapat darah beku. Dehidrasi masa berpuasa boleh menerukkan keadaan, dan meningkatkan peluang untuk dapat darah beku untuk ibu-ibu yg berisiko.

3) Ibu yang ada pre-eclampsia, atau darah tinggi masa hamil yang memerlukan ubat darah tinggi yang perlu di makan on time

4) Ibu pada awal kehamilan dengan muntah-muntah teruk, juga tak disarankan berpuasa

5) Ibu yang tak berasa tak sihat atau demam

6) Kehamilan yang ada IUGR ( baby terbantut tumbesaran )

7) Ibu yang mengandung kembar 2/3

8 ) Semua ibu yang menyusukan anak atau sedang mengandung yang risaukan mengenai keselamatan dirinya atau anak dalam kandungan atau anak yg disusukan - dinasihatkan tak perlu berpuasa. Boleh ganti puasa kemudian hari / bayar fidyah

Kumpulan lain  yang tak termasuk, perlu pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk pastikan ibu selamat untuk berpuasa atau tak.

Untuk ibu yang boleh berpuasa, nanti saya share tips mcm mana nak kekal bertenaga dan aktif semasa berpuasa.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Untuk lebih banyak info mengenai kesihatan wanita & kehamilan boleh folow facebook Muhammad Izzat.

Dr.MuhammadIzzat
WomensHealthAndPregnancyAdvocates

Isnin, 29 Mac 2021

TERKINI: IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM.(Calon Sabah)

IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
=============================================

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA/ KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA DAN 
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (SABAH)

PMR/PT3 (KUMPULAN PELAKSANA)

JAWATAN    : PEMBANTU OPERASI GRED N11
KEKOSONGAN : 13
SIMPANAN   : 50

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :

Tarikh tutup permohonan : 04 April 2021 (Ahad), jam 11.59 malam. 

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

Sekian, terima kasih.

KETAHUI APA ITU POTASSIUM DAN KEPENTINGANYA.

Potassium adalah garam mineral yang diperoleh daripada makanan. 

Potassium baik untuk kesihatan. Namun perlu diambil mengikut keperluan. 

Bagi yang menghadapi masalah kesihatan, dapatkan nasihat doktor atau pegawai dietetik. 



Sumber: Kementerian Sumber Manusia

Ahad, 28 Mac 2021

AISKRIM YANG TAK CAIR? PERNAH DENGAR TAK?

                        📸 Kanazawaice

Korang pernah dengar tidak mengenai ais krim yang tak cair? Kalau tak pernah jom kita baca perkongsian yang dibuat oleh Zunita Ramli ini.

Ais krim yang tak cair? 
Kanazawa Ice menunjukkan perkara ini sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan. 

Pada awalnya, kajian dilakukan untuk membantu petani-petani strawberi yang terjejas teruk akibat kejadian gempa bumi dan tsunami pada tahun 2011 untuk menggunakan strawberi bagi kegunaan dessert dan pastri, tetapi lain pula yang ditemui.

Saintis di Biotherapy Development Research Center Co. di Kanazawa telah menemui cecair polyphenol yang diekstrak dari strawberi boleh mengeraskan krim tenusu dengan cepat, hampir serta-merta.

Melalui ujian “trial and error” oleh Tomihisa Ota, iaitu professor emeritus of pharmacy di Universiti Kanazawa, beliau berjaya menghasilkan ais krim yang tidak cair dengan menggunakan cecair polyphenol. Ini kerana cecair polyphenol mempunyai sifat yang membuatkan air dan minyak sukar untuk dipisahkan, menjadikan ais krim tahan lebih lama berbanding ais krim biasa. 

Ianya dibuktikan dalam satu ujian yang dilakukan ke atas ais krim tersebut yang boleh tahan tanpa cair selama lebih 5 minit dengan meletakkannya di hadapan pengering rambut yang panas, berbanding ais krim biasa yang cair hampir serta-merta. 

Dijual bermula dengan harga ¥500 (RM20), Kanazawa Ice ini boleh didapatkan di Tokyo, Osaka dan Kanazawa. 

#CatatanZunitaDiJepun

Menarik bukan? Baiklah,kalau korang nak baca lebih banyak info menarik mengenai Jepun yang ditulis oleh beliau,korang boleh follow Fb Zunita Ramli. Owh ya, untuk pengetahuan, beliau ni juga merupakan founder product Tokyo Organic tau. 

TERKINI: IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (SPANS).

SPANS : sebanyak 611 Jawatan kosong di buka bagi

* Jabatan Tanah dan Ukur Sabah
* Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah
*Jabatan Kerja Raya Sabah
* Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah
* Jabatan Perlindungan Alam sekitar Sabah
* Jabatan Peekhidmatan Komputer Negeri
* Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah


KELAYAKAN: PT3/PMR/SPM/SKM/SVM/DIPLOMA/IJAZAH
TARIKH TUTUP: 25/04/2021
LOKASI: Seluruh Sabah

JAWATAN YANG TERSEDIA:
1. Penolong Juruukur Gred JA29
2. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19
3. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP 19
4. Pembantu Operasi Gred N11
5. Pembantu Awam Gred H11
6. Jurutera (Awam) Gred J41
7. Juruukur Bahan Gred J41
8. Jurutera (Elektrikal) Gred J41
9. Juruukur Tanah Gred J41
10. Jurugeospatial Gred J41
11. Jurutera Gred J41
12. Jurutera (Mekanikal) Gred J41
13. Arkitek Gred J41
14. Penolong Jurutera Awam (Ukur) Gred J29
15. Penolong Jurutera Awam (Ukur) Gred JA29
16. Penolong Jurutera Awam (Makmal) Gred JA29
17. Penolong Juruukur Bahan JA29
18. Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
19. Pegawai Veterinar Gred GV41

Permohonan melalui link dibawah :


TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...