Ahad, 28 Mac 2021

AISKRIM YANG TAK CAIR? PERNAH DENGAR TAK?

                        📸 Kanazawaice

Korang pernah dengar tidak mengenai ais krim yang tak cair? Kalau tak pernah jom kita baca perkongsian yang dibuat oleh Zunita Ramli ini.

Ais krim yang tak cair? 
Kanazawa Ice menunjukkan perkara ini sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan. 

Pada awalnya, kajian dilakukan untuk membantu petani-petani strawberi yang terjejas teruk akibat kejadian gempa bumi dan tsunami pada tahun 2011 untuk menggunakan strawberi bagi kegunaan dessert dan pastri, tetapi lain pula yang ditemui.

Saintis di Biotherapy Development Research Center Co. di Kanazawa telah menemui cecair polyphenol yang diekstrak dari strawberi boleh mengeraskan krim tenusu dengan cepat, hampir serta-merta.

Melalui ujian “trial and error” oleh Tomihisa Ota, iaitu professor emeritus of pharmacy di Universiti Kanazawa, beliau berjaya menghasilkan ais krim yang tidak cair dengan menggunakan cecair polyphenol. Ini kerana cecair polyphenol mempunyai sifat yang membuatkan air dan minyak sukar untuk dipisahkan, menjadikan ais krim tahan lebih lama berbanding ais krim biasa. 

Ianya dibuktikan dalam satu ujian yang dilakukan ke atas ais krim tersebut yang boleh tahan tanpa cair selama lebih 5 minit dengan meletakkannya di hadapan pengering rambut yang panas, berbanding ais krim biasa yang cair hampir serta-merta. 

Dijual bermula dengan harga ¥500 (RM20), Kanazawa Ice ini boleh didapatkan di Tokyo, Osaka dan Kanazawa. 

#CatatanZunitaDiJepun

Menarik bukan? Baiklah,kalau korang nak baca lebih banyak info menarik mengenai Jepun yang ditulis oleh beliau,korang boleh follow Fb Zunita Ramli. Owh ya, untuk pengetahuan, beliau ni juga merupakan founder product Tokyo Organic tau. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...