Bantuan Kerajaan Negeri Sabah ini adalah satu pakej bantuan untuk meringankan beban usahawan mikro dan kotej yang terjejas kesan daripada pandemik Covid-19.
Jenis Bantuan
Bantuan ini adalah bayaran tunai RM300 secara one-off kepada usahawan mikro dan kotej yang layak
Sasaran Bantuan
Usahawan Mikro & Kotej yang mengeluarkan produk dengan pendapatan tahunan RM50,000.00 dan ke bawah.
Kaedah Pembayaran
Bayaran terus ke akaun bank peribadi usahawan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid-19 2.0. Sila pastikan bahawa akaun bank yang dikemukakan adalah masih aktif.
Syarat-syarat Permohonan
Usahawan mikro dan kotej dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan beroperasi di Sabah.
- Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Kotej yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk sahaja.
- Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah, atau Surat Pengesahan membuktikan ada perniagaan dijalankan daripada Pengerusi JPKK / Ketua Kampung / Kapitan / Pejabat Daerah. (Ini adalah kelonggaran daripada Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 Mikro dan Kotej Sabah pada mesyuaratnya bertarikh 23 Feb 2021)
- Mengisi dengan lengkap borang permohonan Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 2021 secara atas talian sahaja.
- Keutamaan adalah diberi kepada usahawan mikro dan kotej yang belum pernah mendapat bantuan dari mana-mana kementerian, jabatan dan agensi dan yang belum pernah mendapat Bantuan IKS (BAIKS) dan Bantuan SND UMC 2020.
- Permohonan daripada kategori perkhidmatan, profesional, kontraktor dan ahli-ahli koperasi yang menggunakan lesen koperasi adalah tidak diterima,
- Sebarang maklumat palsu yang diterima daripada pemohon akan ditolak serta merta.
- Bantuan ini tidak merangkumi kategori penjaja, perkhidmatan, pelancongan, petani, penternak dan nelayan.
- Menyertakan dokumen sokongan berikut :
a. Salinan kad pengenalan
b. Salinan lesen perniagaan yang sah
c. Gambar premis perniagaan dan produk bersama pemilik
Disclaimer / Penafian
- Segala keputusan Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 Mikro dan Kotej Sabah adalah MUKTAMAD.
- Pihak DIDR TIDAK PERNAH melantik agen atau wakil untuk mengurus permohonan bantuan ini.
- Data peribadi yang dikemukakan melalui borang permohonan hanya untuk kegunaan dalaman bagi tujuan pemprosesan sahaja.
(Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi: Keempat prinsip Keselamatan -
apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah
supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan
kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan)
Peringatan!!
Sila ambil perhatian bahawa akaun-akaun bank yang tersenarai di bawah adalah TIDAK diterima :
a. Tabung Haji
b. ASB
c. Bank Muamalat
d. Akaun bersama
e. Akaun Syarikat
f. Akaun Sijil Simpanan Premium (SSP)
Cara Permohonan
Permohonan bantuan ini adalah secara atas talian sahaja.
Tarikh tutup permohonan bantuan ini adalah DILANJUTKAN sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan