Kena buat ni.
Ada sahabat yang tanya apa perlu ada dalam file personal/faraid kita.
Sebenarnya perkara ini arwah mak saya telah amalkan. Dia selalu pesan kalau jadi apa-apa, semua documents ada dalam file ini. Dan bila arwah meninggal sebab kemalangan jalanraya, saya tak susah mencari details yand diperlukan.
Antara isi kandungan file (cadangan) :
1. Salinan kad pengenalan diri sendiri dan ahli keluarga. Arwah mak buat copy 5-10 keping setiap salinan.
(which sangat membantu sebab bila dalam keadaan kelam kabut, orang dok minta copy. Kepala dah serabut memang tak leh fikir nak photostate kot celah mana)
2. Salinan sijil nikah
(ini pun mak buat 5 keping copy setiap satu)
3. Sijil kematian ahli keluarga
4. Senaraikan aset
5. Buat nota senarai hutang samada persorangan, ansuran bulanan atau loan bank. Siapa perlu uruskan? Perlu bayar pakai duit apa seperti daripada KWSP atau insurans?
6. Senaraikan insurans yang kita ambil. Untuk diri sendiri dan orang lain. Nyatakan nama agent juga.
7. Senaraikan nama ahli keluarga serta pertalian waris
8. Kemaskini maklumat akaun bank dan kata laluan akaun bank. Maklumkan kepada pasangan
(jangan buat list hardcopy pula. Try to save kat tempat selamat sebab kalau dpt pasangan macam saya, parah gak. Confirm tak ingat haha)
9. Kemaskini senarai penama atau pemilik hibah. Nyatakan nama agent untuk dihubungi.
10. Ada aset berharga seperti emas atau barangan koleksi peribadi yang ingin diagihkan kepada penerima mengikut hasrat tertentu? Jika ada emas digadai, senaraikan di mana dan barang apa
11. Jika ada buat pelaburan, senaraikan seperti saham, unit trust, koperasi, fixed deposit dan lain-lain
12. Passport. Penting nie sebab nanti kalau waris kita nak renew, kena bawa passport lama. Especially anak-anak.
13. Bincang dengan pasangan sekiranya berlaku kematian serentak anda berdua, siapakah yang akan menjaga dan menjadi pemegang amanah anak-anak.
Boleh tambah lagi jika rasa penting untuk pasangan kita ambil maklum. Ikut keperluan masing-masing. Ini hanyalah sekadar cadangan.
#copypasteshare
#semogabermanfaat
#kematianitupasti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan