Selamat pagi. Ohayou gozaimasu 😊
Sedikit trivia mengenai Gunung Fuji:
Nampak tenang, tapi Gunung Fuji sebenarnya adalah gunung berapi yang masih aktif.
Kali terakhir meletus pada 1707, Gunung Fuji telah “overdue” untuk meletus selama 300 tahun, menyebabkan kerajaan Jepun sekarang dalam keadaan berjaga-jaga dan membuat persiapan sebaik mungkin jika ianya meletus bila-bila masa dari sekarang.
Jika ianya meletus, lava dari Gunung Fuji dijangkakan boleh sampai ke wilayah Kanagawa iaitu 120km dari Gunung Fuji dan debu tebal mungkin berterbangan sehingga ke Tokyo, iaitu kira-kira 140km dari Gunung Fuji dan keadaan ini mampu melumpuhkan ekonomi Tokyo dan kawasan sekitarnya.
#CatatanZunitaDiJepun
📸 Gunung Fuji, Yamanashi // furstset
Menarik bukan?? Kalau mau baca lebih banyak perkongsian beliau mengenai Jepun, boleh follow fb Zunita Ramli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan