Selasa, 13 April 2021

PANDUAN RINGKAS SOLAT TERAWIH DI RUMAH.


Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah Untuk Wanita & Ibu Yang Ada Anak Kecil.

Wanita yang tidak berpeluang untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid atas alasan ada anak kecil atau sebagainya masih boleh lakukan di rumah sahaja.

Islam itu mudah, dengan panduan yang betul para wanita juga tidak terlepas dari merebut pahala di bulan yang mulia, bulan Ramadhan!

Ini panduan lengkap solat tarawih di rumah khas untuk anda.

Solat tarawih boleh dilakukan di masjid secara berjemaah namun boleh juga dilakukan dengan bersendirian di rumah. Solat tarawih dilakukan di rumah mungkin disebabkan beberapa keadaan tidak membolehkan kita solat berjemaah sama iaitu, masjid jauh, tiada kenderaan, kekangan kerja dan sebagainya.

Berikut dikongsikan cara solat tarawih sendirian di rumah.

Cara solat tarawih sendiri di rumah

Baca niat,dan teruskan solat seperti biasa.Ulang sehingga rakaaat yang anda inginkan contohnya 8,16,20.

Surah selepas alfatihah,adalah bergantung kepada surah apa yang anda nak baca.

Selesai solat setiap 4 rakaat,baca doa ini:


Selpas baca doa, sambung rakaat yang anda ingkinkan contohnya 8,16,20.

Selesai solat tarawih,baca doa selepas terawih berikut;

Selepas menunaikan solat tarawih,jangan lupa juga solat witir.

Berikut disertakan sekali cara solat witir selepas solat tarawih.

2 rakaat dahulu,diikuti 1 rakaat.

Selesai 3 rakaat witir,baca doa berikut:
Semoga Ramadhan tahun ini memberikan kita seribu perubahan positif pada diri disamping untuk kita menambah pahala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...