Khamis, 29 April 2021

SETELAH 11 TAHUN, LEE KWANG SOO BAKAL MENINGGALKAN 'RUNNING MAN'.

SETELAH 11 TAHUN, LEE KWANG SOO BAKAL MENINGGALKAN 'RUNNING MAN'.

Berikut merupakan kenyataan rasmi dari syarikat agensi LKS, King Kong by Starship :

"Kami ingin memberitahu bahawa Lee Kwang Soo akan meninggalkan 'Running Man' SBS setelah rakaman terakhirnya pada 24 Mei.

Setelah terlibat dalam kemalangan kereta tahun lalu, Lee Kwang Soo telah menerima terapi fizikal secara berkala, walaupun masih menjalani rawatan, ada kalanya dia merasa sukar untuk menjaga keadaan fizikalnya semasa penggambaran 'Running Man'. Hasilnya, setelah mengadakan perbincangan panjang lebar dengan staf produksi, krew, rakan-rakannya, dan juga agensi, akhirnya kami membuat kesimpulan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik secara fizikal dan mental.
Kerana Running Man yang disebut Lee Kwang Soo sebagai "rumahnya" selama 11 tahun, sukar baginya untuk membuat keputusan ini. Namun, tidak dapat dielakkan ketika mempertimbangkan niatnya untuk menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton di masa hadapan.

Kami dengan ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas kasih sayang yang mereka tunjukkan kepada Lee Kwang Soo di 'Running Man', dan Lee Kwang Soo berjanji akan muncul nanti dalam keadaan lebih sihat dan ceria.."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...