Jumaat, 7 Mei 2021

JAWATAN KOSONG JPSM SABAH.

IKLAN JAWATAN KOSONG JURULATIH SAMBILAN 
JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA NEGERI SABAH
(KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGERI SABAH)

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah (JPSM) dengan sukacita mempelawa calon-calon Bumiputera Sabah yang berkelayakan dalam bidang berikut untuk mengisi kekosongan jawatan Jurulatih Sambilan di Kampus Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM Jalan Pantai Manis, Papar, Sabah.

(1) Jawatan : JURULATIH SAMBILAN

(2) Taraf Jawatan : Sambilan

(3) Bayaran Elaun Mengajar : Dibayar secara jam

(4) Kekosongan : 1)   Subjek Pengajian Islam – Dua (2)
kekosongan
 2) SKM Operasi Sistem Komputer (IT-020-3:2012) – Satu (1) kekosongan
 3) SKM Operasi Pengemasan dan Pengecatan Automotif (TP-412-3:2013) atau SKM Pengemasan & Pengecatan Semula Kenderaan (G452-005-3:2019) – Dua (2) kekosongan

Syarat lantikan:

-Warganegara Malaysia
-Berumur tidak kurang daripada 22 tahun pada tarikh tutup iklan
-Lulus dengan kepujian dalam subjek bahasa melayu termasuk ujian lisan dalam sijil pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia

Bagi individu yang berminat untuk memohon dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil SPM, Diploma, Ijazah atau Dkm serta salinan sijil atau dokumen yang berkaitan yang telah disah ke alamat seperti dibawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...