Isnin, 28 Jun 2021

BANTUAN KHAS COVID 19 (BKC)

PM TSMY umum Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

2.Bantuan Khas Covid-19 (BKC) 

✅Miskin Tegar:
RM1,300 (Isi Rumah) 
RM500 (Bujang)

✅B40
RM800 (Isi Rumah) 
RM200(Bujang)

✅M40 
RM250(Isi Rumah) 
RM100(Bujang)

3. Bantuan GKP 4.0 Untuk Peniaga

RM500 : September 2021
RM500 : Nov 2021 

Usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti

4.RM500 Bantuan Kehilangan Pendapatan disalur pada Oktober kepada pekerja yang hilang pendapatan

5.Kerajaan perluas Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Perkeso, graduan baharu, lepasan sekolah, pekerja sektor tak formal

6. RM300,000 disalurkan kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas-

7.Kerajaan terus kekal harga runcit petrol RON95, diesel dan LPG yang dijangka babit subsidi lebih RM6 bilion tahun ini 

8. Peruntukan RM125 juta melalui HRD Corp, laksana inisiatif ‘place and train’ di bawah program Janapreneur 

9.Kerajaan perluas sokongan psikososial melalui saluran seperti talian kasih serta peruntukan RM15 juta kepada NGO bantu tangani isu sosial

10. Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus bagi tempoh tiga bulan mulai bil Julai ini

11.Kerajaan laksana Harga Kawalan berasas nilai ambang Crude Palm Oil bagi tangani kenaikan harga minyak masak botol 1kg-5kg

12. Peruntukan RM125 juta melalui HRD Corp, laksana inisiatif ‘place and train’ di bawah program Janapreneur

13.Lanjutan pemberian satu gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Dis 2021 dengan anggaran nilai RM500 juta, manfaatkan 44 juta pelanggan

14. RM3.8 bilion laksana Program Subsidi Upah 4.0 bantu majikan kekalkan pekerja

15.Kerajaan mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan berkuatkuasa Julai hingga akhir tahun ini.

16. Kerajaan mengumumkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi program i-Citra dengan pengeluaran maksimum RM5,000 dengan kadar bayaran tetap sebanyak RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra DISINI mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...