Ahad, 13 Jun 2021

BUAYA JANTAN DEWASA DITANGKAP DI PULAU GAYA, KOTA KINABALU. -JABATAN HIDUPAN LIAR SABAH

          📷 jabatan hidupan liar sabah

[KENYATAAN MEDIA JABATAN HIDUPAN LIAR SABAH]

Buaya Jantan Dewasa Ditangkap di Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

Pada 12 Jun 2021, jam 3.00 petang, Jabatan Hidupan Liar menerima laporan tentang kehadiran buaya di Pulau Gaya melalui video yang viral dikongsikan di media sosial dan applikasi Whatsapp. Kemudian, pada jam 5.00 petang jabatan sekali lagi menerima laporan bahawa buaya tersebut telah ditangkap oleh penduduk tempatan di Kg. Pulau Gaya.

Menurut Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Kinabalu, SJN Safaruddin Rusline, pasukan JPAM tiba di Pulau Gaya lebih kurang jam 7.00 malam setelah menerima laporan. Beliau menyatakan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pulau Gaya telah membuat laporan polis mengenai tangkapan buaya tersebut dan menyerahkannya kepada JPAM. Pasukan JPAM tiba di Pondok Kawalan JPAM Tanjung Aru pada jam 10.00 malam untuk menyerahkan buaya tersebut kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL), Pantai Barat. 

Buaya jantan tersebut dengan panjang 14.5 kaki dan anggaran berat 200-250 kilogram telah dibawa oleh JHL Pantai Barat ke Pusat Penyelamat Taman Hidupan Liar Lok Kawi untuk pemeriksaan kesihatan sementara menunggu tindakan lanjut penghantaran ke penempatan baru yang belum dikenalpasti. Operasi Penyerahan berakhir pada jam 1.30am, 13 Jun 2021(Ahad).


Berikutan insiden ini, Pengarah JHL, En. Augustine Tuuga, ingin memberikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPAM kerana membantu dalam operasi penyerahan buaya tersebut. JHL turut berterima kasih kepada JPKK Pulau Gaya kerana telah membuat laporan kepada PDRM dan menyerahkan buaya tersebut kepada pihak berwajib. 


JHL ingin menasihatkan orang awam untuk menyampaikan laporan rasmi kepada pihak berwajib (Contohnya: PDRM, JPAM, JHL) sekiranya terdapat gangguan hidupan liar di kawasan masing-masing. Orang awam  juga dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dalam menangani konflik hidupan liar dengan manusia.

JPKK KG. PULAU GAYA 
jabatan pertahanan awam malaysia(sabah)
@Polis Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...