Usahawan kosmetik Safiey Illias serta rakannya yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak bawah umur direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi .Perintah reman itu dikeluarkan oleh Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret.
Sejurus selesai prosiding reman, peguam Nursyafiqah Zamani yang mewakili kedua-dua suspek ketika ditemui memberitahu, mereka didakwa Seksyen 12 dan 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, siasatan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada seorang pensyarah universiti awam.
Menurut pihak polis, pengadu membuat laporan setelah melihat pautan siaran langsung itu di laman Instagram milik safieyillias94 .Semakan mendapati Safiey illias dan rakannya berpakaian menjolok mata serta menunjukkan aksi penggunaan vape kepada kanak-kanak bawah umur. Dipercayai juga kanak-kanak tersebut baru berusia antara 14 dan 15 tahun.
Pensyarah itu mengatakan, laporan tersebut dibuat bertujuan menggesa pihak berwajib segera mengambil tindakan terhadap usahawan serta rakannya yang menggunakan saluran Instagram Live miliknya sebagai platform untuk melakukan dandanan seksual ke atas pengguna media sosial dibawah umur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan