Selasa, 20 Julai 2021

PADAH MENCEROBOH, LELAKI CEDERA SELEPAS TERJUN DARI TINGKAT TIGA BANGUNAN KEDIAMAN GURU. -IPD LABUAN


LABUAN - Tindakan nekad penceroboh terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan kediaman guru membawa padah apabila mengalami kecederaan di kepala dan patah tulang tangan dalam kejadian di sebuah sekolah di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan selepas gagal melarikan diri akibat kecederaan yang dialaminya. 

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.50 petang hari yang sama daripada pengadu yang juga penjawat awam di sekolah terbabit. 

"Siasatan mendapati, pengadu bersama dua rakannya datang ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan setelah dimaklumkan oleh pegawainya dan ketika berada di tingkat tiga, terdapat sesuatu yang mencurigakan di sebalik tandas yang tertutup. 

"Pengadu kemudian bertindak menolak pintu tandas dan suspek yang dipercayai bersembunyi di dalam terkejut lalu memanjat tingkap tandas dan keluar ke beranda luar sebelum melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan itu," katanya dalam kenyataan media hari ini. 

Susulan kejadian itu, Ahmad berkata, suspek yang terbaring didapati mengalami kecederaan pada bahagian anggota badan. 
"Suspek dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan mengalami kecedeaan di kepala, patah tulang di bahagian tangan kiri serta luka di bahagian kiri pinggang namun dilaporkan stabil. 

"Pemeriksaan lanjut di lokasi juga menemui sebuah beg dan peralatan 'kuku kambing'," katanya. 

Katanya lagi, semakan rekod jenayah mendapati suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu mempunyai tiga rekod kesalahan lampau iaitu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Kes masih dalam siasatan dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tempoh tiga tahun, denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali," katanya. 

- Dikeluarkan pada 19 Julai 2021-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...