Selasa, 27 Julai 2021

SUSPEK KES CURI DI PASAR TERBUKA RANAU BERJAYA DIBERKAS. -IPD RANAU



  Pada 27 Julai 2021 @ 0530 hrs, sebuah Kereta Peronda Polis (MPV) telah menerima satu aduan dari orang awam berkaitan kes kecurian yang sedang berlaku di belakang Pasar Terbuka Ranau.

  Dengan tindakan serta merta, MPV (SM257) bertugas iaitu Kpl Ubiat bersama Kpl/S Mohd Saip menuju ke lokasi yang dimaksudkan.

  Sewaktu rondaan sekitar lokasi tersebut, mereka telah terserempak dengan seorang suspek yang sedang melarikan diri bersama karpet.

  Lalu mereka mengejar suspek berkenaan dan berjaya menangkapnya. Hasil pemeriksaan keatas suspek tersebut telah menjumpai lima helai karpet berbagai corak yang disyaki telah dicuri.

   Suspek telah ditahan dan barang kes dirampas serta dibawa balik ke IPD Ranau untuk tindakan lanjut. Tangkapan telah dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau.

   DSP Simiun Lomudin, Ketua Polis Daerah Ranau mengambil berat berkaitan isu kecurian ini dan memohon kerjasama dari seluruh masyarakat untuk sentiasa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan salah laku jenayah, narkotik dan sebagainya.

   Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah dan Polis Daerah Ranau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas berdasarkan undang-undang yang berkuatkuasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...