Ahad, 15 Ogos 2021

IPD KOTA MARUDU: DUA LELAKI TEMPATAN DITAHAN KERANA MEMILIKI SENJATA API TANPA PERMIT SAH.


Kota Marudu,14 Ogos 2021- Bertindak atas maklumat, dua lelaki warganegara tempatan berusia 26 dan 46 tahun telah ditangkap pihak Polis di dalam dua serbuan berasingan pada 12 dan 13 Ogos 2021. Dalam Operasi yang dikenali sebagai Operasi Laras (OP Laras) yang dilancarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu, serbuan dilakukan oleh sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Marudu itu bagi memburu mereka yang memiliki senjatapi buatan sendiri atau peluru tanpa lesen atau permit yang sah. 

Dalam serbuan pertama pada 12 Ogos 2021 jam lebih kurang 3.40 petang, pihak polis telah menyerbu sebuah rumah tidak bernombor, Kg Seribudaya, Pitas Sabah. Hasil pemeriksaan telah menemui 01 laras senjata buatan sendiri (Bakakuk) yang disembunyikan di atas siling rumah. Pemeriksaan lanjut turut menemui 02 butir peluru hidup yang disimpan di dalam bekas kaca mata dalam kabinet rumah. Tangkapan melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun. 

Serbuan kedua pada 13 Ogos 2021 jam lebih kurang 12.10 tengah malam, pihak Polis telah menyerbu sebuah rumah tidak bernombor, Kg Pinapak, Pitas Sabah. Hasil pemeriksaan telah menemui 01 laras senjata buatan sendiri jenis Ginsuk yang diletakkan di atas lantai kaki lima rumah tersebut berhampiran suspek. Pemeriksaan turut menemui alatan Ginsuk iaitu sebatang kayu panjang, satu balang plastik timah, 01 botol kepala mancis, 01 getah selipar dan segumpal kertas putih yang berada berdekatan Ginsuk.

Kedua-dua suspek telah direman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes diklasifikasi di bawah seksyen 8 (a)  Akta Senjata 1960. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 7 tahun, atau dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali.


#StaySafe
#KitaJagaKita
#PelanPemulihanNegaraFasa2 
#Ipdkm14ogos2021
#Poliskotamarudu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...