KESAN MENCABUT GIGI:
1. Gigi bertentangan akan terlebih tumbuh. Sebab tak ada gigi berlawanan untuk digigit.
2. Gigi bersebelahan akan menjadi senget.
3. Gigi akan menjadi jarang sebab gigi lain akan mengisi ruang gigi yang dicabut.
4.Gigi depan menjadi jongang, selalu terjadi bila gigi geraham dicabut dan hanya tinggal gigi depan untuk mengunyah makanan.
5. Gusi semakin mengecut.
6. Muka nampak lebih tua.
Kata Dr.Iqbal Rosali lagi, sebolehnya janganlah fikir hendak mencabut gigi sahaja. Kerana mencabut gigi & diganti dengan gigi palsu tidak akan sama perasaannya dengan ada gigi yang sebenar walaupun sebahagiannya rosak & ditampal.
Kesimpulan yang admin boleh buat, jagalah gigi anda sebaiknya, elakkan makan makanan yang boleh merosakkan gigi & sebolehnya gosok gigi dua kali sehari untuk mengelakkan kerosakan gigi. Dan jangan lupa untuk buat pemeriksaan gigi setiap tahun diklinik gigi berhampiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan