📷 PDRM IPD RANAU
💥ORANG HILANG💥
♦Laporan terkini berkaitan laporan orang hilang yang pernah disiarkan pada 24 Mac 2021.
♦Operasi "Search and Rescue" @ SAR mangsa yang hilang itu telah diaktifkan dan ianya telah melibatkan kekuatan seramai 80 orang pegawai dan anggota dari beberapa agensi seperti PDRM IPD Ranau, Unit Tiger Platoon Batalion 16 PGA, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan RELA dan penduduk kampung / orang awam.
♦Operasi SAR ini telah mengambil masa selama 14 hari meliputi pencarian seluas 15 km radius dari kawasan pondok, hingga ke kawasan Gunung Mantapok.
♦Usaha pencarian turut diperluaskan melalui siaran media dan hebahan dilaman sosial sejak laporan pertama diterima namun masih tidak menemui sebarang petunjuk positif sehingga kini.
♦Memandangkan semua kawasan pencarian telah digeledah dan diperiksa serta tiada sebarang petunjuk baru yang dapat membantu pencarian oleh pihak pasukan SAR, pihak keselamatan telah berbincang bersama ahli keluarga mangsa telah bersetuju untuk menamatkan operasi ini pada 03 April 2021 @ 1600 hrs.
♦Walaubagaimanapun, pihak polis akan sentiasa memantau perkembangan kes ini dari masa ke semasa dan kes ini telah diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.
👮♂DSP Sammy Newton, Ketua Polis Daerah Ranau memohon kepada mana - mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan mangsa supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau pihak ahli keluarga mangsa.
👮♂Ketua Polis Daerah Ranau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, penduduk kampung, sukarelawan dan orang perseorangan yang telah terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat ini.
#PDRMRanauPrihatin
#DemiSatuKeberhasilan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan