Sabtu, 3 April 2021

KESAN PENCEMARAN BUNYI EKZOS.


Bang! bang! Bunyinya kuat seperti tembakan senapang. Terkejut aku. Nafas dan degupan jantung tiba-tiba laju. Rupanya seorang rider baru sahaja lalu dengan motornya yang diubahsuai ekzosnya. Nasib baik aku tidak ada penyakit jantung. Mungkin mati aku sebab terkejut. 

Benar tuan puan. Terdapat satu kajian baharu menunjukkan, pendedahan kepada suatu bentuk pencemaran bunyi yang kuat secara tiba-tiba boleh menyebabkan anda berisiko 3 kali lebih tinggi untuk mendapat penyakit serangan jantung, strok dan penyakit jantung lain berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai pendedahan tersebut. 

Malah ianya bukan sahaja risiko untuk orang di sekeliling, juga kepada penunggang tersebut. Kesan lain juga boleh berlaku. Seperti menyebabkan pekak disebabkan pendedahan kepada ekzos yang kuat itu. 

Ianya juga tidak bagus untuk kesihatan mental. Boleh menyebabkan stress dan memberikan kesan kepada kesihatan fizikal kita.

Sumber: Public Helath Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...