Jumaat, 9 April 2021

PENAMBAHBAIKAN JALAN RAYA KAMPUNG KAULUAN PERLU DISEGERAKAN.

Keadaan JALAN KG KAULUAN KUNDASANG RANAU, SABAH ketika musim hujan.

Penduduk kampung Kauluan menyatakan rasa tidak puas hati dan kesal mereka serta memohon agar pembaikan jalan utama keluar masuk kampung mereka disegerakan, memandangkan hal ini telah lama mereka utarakan pada wakil rakyat kawasan Kauluan Kundasang.

Namun sehingga kini jalan raya kampung Kauluan masih kekal seperti dahulu dan langsung tidak ada penambahbaikan. Ini seterusnya menyukarkan mereka untuk melalui jalan itu apatah lagi ketika musim hujan.

Penduduk kampung Kauluan amatlah berbesar hati sekiranya pembaikan jalan kampung mereka disegerakan. Dan mereka juga berharap agar perkara ini dipandang serius.

#SuaraPendudukKauluan
#JalanrayaGravel
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...