Dulu orang tua-tua kita pernah bagitau, hati-hati dengan ikan pari sebab ekornya yang amat berbisa. Sebab tu orang dulu-dulu simpan ekor ikan pari, kadang buat pisau, kadang buat cemeti atau senjata perlindungan diri, ada juga mitos yang mengatakan dekat penjara, pesalah yang menerima hukuman sebat akan disebat menggunakan ekor pari.
Okey, gambar dekat atas tu merupakan insiden yang terjadi dekat kawan fb saya iaitu Tuty Lee. Sebelum operate akibat ditusuk pari dekat kulit kaki ianya tak boleh cabut sebab bahaya 😓😲. Ekor pari yang sedang tertusuk tu terpaksa dipotong pangkal dan hujung, kalau tak akan jadi lagi bahaya sebab boleh tercucuk dekat kaki yang sebelah lagi. Tapi owner kaki tu dah selamat operate dan sekarang start mengail kembali.
Perkongsian: Szarule Daburu
Apa-apa pun admin berharap kepada kaki ngail dan yang suka buat aktiviti menyelam agar sentiasa berhati-hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan