Selasa, 20 April 2021

RESEPI MEE GORENG BASAH by HASHIMAH.

Menu wajib kalau suami shima ada kat rumah. Dia memang suka makan mee goreng basah terutama kalau kuah tu banyak dan pekat melekit 😍

Mee Goreng Basah Kuah Melekit2🍝🌢️

Portion 3 orang dewasa


Bumbu asas
1 Bawang merah besar
3 biji bawang putih
2 sudu makan cili kisar(boleh lebihkan)
5 sudu makan cili sos
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap manis
1 sudu makan tepung jagung(bancuh dengan air setengah gelas)
Tomato setengah biji potong dadu

Optional bahan (terpulang dengan bahan apa yang ada) 
Udang 
Sosej 1 batang
Fishball 4 biji
Fishcake 1 batang
Tauhu kering 2 biji
Tomato hiris stgh biji
Cili merah hiris 1 biji
Lobak hiris panjang setengah batang


Tumis bawang yang sudah di tumbuk. Masukkan cili kering dan tumis hingga agak pekat warnanya. Masukkan pulak tomato, tumis hingga layu dan hancur.

Masukkan semua sos, gaul-gaul, dan masukkan semua bahan sampingan kcuali mee, sayur berdaun, apa-apa sahaja yang cepat layu.

Masukkan 2 gelas air, dan bancuhan tepung jagung tadi.

Perasakan gula garam. Siap untuk kuah 😊

* Bila semua orang dah ready nak makan, siap berak, siap mandi, wangi2, baru ceduk kuah dalam kuali dan masukkan mee dan sayuran hijau. Tunggu sebati mee dengan kuah, sedia utk di hidang.

* Untuk semua jenis mee, saya suka tomato di tumis dahulu, rasanya berbeza dengan sekadar di gaul mesra bersama mee dan sayuran lain.

* oh sebelum terlupa, ni jugak adalah trick saya dalam penyediaan mee goreng basah. Sebelum tutup api, saya akan perah sebiji/setengah biji limau nipis dalam sekuali mee.  Jangan risau, rasa masam tu tak rasa sangat pun, cuma kuah akan rasa lebih UMMMPHHH!! CubalahπŸ˜€ 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...