Jumaat, 2 April 2021

RUMAH HANTU PALING MENAKUTKAN DI DUNIA.

Siapa peminat rumah hantu dekat sini?

Super Scary Labyrinth of Fear adalah rumah hantu yang terletak di Taman Tema Fujikyu di wilayah Yamanashi. 

Dianugerahkan sebagai Rumah Hantu Paling Menakutkan di dunia oleh World Guinness Book of Records, ianya memerlukan pengunjung berjalan sepanjang 900 meter dalam masa 40-50 minit untuk keluar dari situ.

Berbeza dengan rumah hantu biasa, Rumah Hantu Labyrinth ini adalah seperti jalan sesat atau “maze”. Pengunjung boleh masuk ikut mana-mana jalan yang diingini, tanpa sebarang manual.

Rumah hantu Labyrinth ini sebenarnya mengambil latarbelakang sebuah hospital lama di mana hospital itu asalnya digunakan sebagai “human experimentation”. 

Mangsa-mangsa dari hasil eksperimen itu membalas dendam dan membunuh semua doktor dan jururawat di situ. Tidak cukup dengan itu, roh mereka tetap tidak tenang dan menyebabkan hospital itu dihantui hingga ke hari ini.

Rumah hantu ini sememangnya direka secara terperinci. Pencahayaan, bau dan hantu manusia yang  disolek dengan “special effect” adalah sangat real, ditambah dengan pengunjung perlu buka sendiri beberapa pintu menjadikan susana di situ amat menakutkan. 

Tak cukup dengan itu, jururawat dengan muka yang berdarah-darah membawa kepalanya sendiri berlegar-legar, hantu yang tiba-tiba muncul dari entah mana dan pelbagai lagi efek menyebabkan hampir kesemua pengunjung yang keluar dari rumah hantu ini akan menjerit ketakutan. Tapi kan.. jangan terkejut dalam ramai-ramai hantu “orang” tu, memang ada hantu betul ye 🤧

Menariknya, di situ juga ada dijual seluar dalam (underwear) kerana terdapat banyak kes pengunjung yang masuk ke dalam rumah hantu ini keluar ketakutan sehingga terkencing dalam seluar! Oh my ! 
#CatatanZunitaDiJepun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...