Ahad, 11 April 2021

"SEBENARNYA BUKAN UNCLE YANG DIUJI HARI INI TAPI SAYA YANG DIUJI." ERVIANA ELVY


    Masa tengah kyushuk makan di KFC Lido tadi tiba-tiba perasan ada 1 orang lelaki yang berumur angaran 50an dan kelihatan seperti OKU sibuk ke hulu ke hilir pungut sisa dan tulang makanan bekas makanan orang.Dia siap bagi dua plastik, satu plastik khas untuk semua tulang dan satu lagi untuk makanan seperti bun yang orang tidak makan dan isi-isi ayam, nasi-nadi yang tertinggal. Lepas saja siap dia duduk semula di kerusi makan roti kering bersama air cola lebihan orang yang tidak habis 😭😭😭 ( sakitnya hati ini yang melihat) Macam rasa mau meraung menangis. 

Terbayang saya kalau itu ialah bapa sendiri. Sekurangnya dia tidak megemis atau meminta orang. Sis pun order lah lagi satu set KFC dan pergi ke table dia bagi. Uncle makan KFC ni tidak best kalau makan sendiri. Marilah makan sama-sama. Dia dengan muka terkejut terus tanya. Ini kamu beli untuk sayakah? iya uncle nanti makan ya. Dia dengan keadaan macam dalam kesakitan sebab bahagian sebelah leher besar pun tunduk separuh badan bagi ucapan terima kasih.

Barulah perbualan kami bermula. Saya ni pesakit kanser tahap 4 dengan senyuman lebar dia bercakap.😭 Sudah menjalani kemo 45kali.Ini masuk tahun ke 10 saya sakit. Tapi sel kanser masih aktif dan makin membesar. Sampai hari ini saya sudah tidak boleh berkerja sebab keadaan kesihatan saya dan perlu selalu tahan sebelah kepala utk support bahagian sebelah leher yang tertarik. Sistem dalam badan saya pun sudah semakin tidak berfungsi. Saya terdiam sekejap dengar uncle ni cakap tapi uncle boleh bercerita sambil senyum yg ceria penuh kesyukuran.

Semua tulang yang saya pungut ni sebenarnya untuk Anjing jiran. Jiran saya warga emas 75tahun, tinggal sendiri tapi ada 2 ekor anjing yang selalu pergi sana tidak mahu lari. Jadi saya kesian anjing tu kalau tidak bagi makanan nanti mati pula di sana. Saya tiada duit kalau mau beli makanan untuk anjing. Jadi saya tolonglah saja cari makanan untuk anjing tu. Tidak tahu berapa lama lagi saya boleh hidup ni. Jadi Biarlah saya bagi habis sisa hidup ini dengan tolong orang mana yang saya mampu. (zassssssss) Bila dengar saja uncle tu cakap terus terasa air mata ni macam mau keluar dengan deras 😭😭 uncle sudah begini susah masih lagi boleh fikir untuk orang lain (belum tentu kalau saya ditempat uncle boleh fikirkan untuk diri orang lain lagi) 

Uncle,Doktor bukan Tuhan, biarpun Doktor cakap sudah tiada harapan. Kita letak pengharapan kita sama Tuhan. Dia yang akan tentukan hidup dan mati kita,dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Tidak semestinya saya yang lebih muda sihat ni tidak boleh pergi dulu uncle. Berkaca mata si uncle then mengalirlah airmata dia sekejap. uncle terus jawab Iya, saya memang berserah sama Tuhan. saya memang percaya perancangan tuhan yang terbaikπŸ™πŸ˜­ sebelum jalan Sempat lagi uncle ni bagi nasihat rajin-rajin pergi sembayang ar dan god bless you and your family.

Actually bukan uncle yang diuji hari ni, saya yang diuji sebab tuhan mahu ajarkan sesuatu untuk saya hari ini.  Sebenarnya saya tengah down atas beberapa sebab. Tapi bila nampak uncle ni saya terus rasa apalah sangat ujian saya ini berbanding dengan si uncle. Terima kasih uncle saya belajar sesuatu hari ini. Smoga urusan uncle dipermudahkan πŸ™πŸ™πŸ™ Pengharapan dengan manusia akan buat kita kecewa, Tapi pengharapan dengan Tuhan tidak akan pernah buat kita kecewa .❤️

#coretandiharirabu #ilearnsomethingfromuuncle

Catatan : 14/Aug/2019 (Erviana Elvy)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...