Rabu, 12 Mei 2021

SEORANG PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN SATU TIDAK DAPAT BERGERAK DIPERCAYAI DIPUKUL PELAJAR LAIN.


"Budak Sekolah Dibantai Separuh Mati" 

Hanya kerana salah faham, seorang pelajar perempuan tingkatan satu telah dipukul separuh mati oleh dua orang pelajar perempuan yang lain di Bukit Beruntung, Rawang Selasa lalu.

Sekitar jam 3.28 minit petang, pihak sekolah telah memaklumkan kepada ibu mangsa bahawa pelajar terbabit telah terlantar lemah di kawasan perkarangan sekolah. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan susulan.

Mangsa yang hampir mengalami kecederaan pada kesemua bahagian tubuh badannya kini tidak mampu bergerak dan seringkali hampir terjatuh setiap kali dia cuba untuk berjalan.

Laporan polis telah pun dikemukakan namun keluarga mangsa masih menunggu tindakan selanjutnya diambil dari pihak berkuasa terhadap dua orang pelajar perempuan yang telah memukul mangsa.

Kredit: PPIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...