Ahad, 16 Mei 2021

CARA MUDAH & BERKESAN HAPUSKAN JERAWAT DI BADAN.


Hai pembaca Info Kita, terima kasih sebab sudi singgah di laman blog Info Kita. Ok tanpa buang masa kita teruskan ke point utama iaitu cara rawat atau kurangkan masalah jerawat di badan, mesti ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah jerawat badan lagi-lagi dengan cuaca di negara kita ini sangat mempengaruhi timbulnya jerawat di tubuh badan kita. 

Admin pun sebenarnya ada masalah jerawat badan, bukan bahagian belakang sahaja tapi juga di bahagian leher dan dada. Rimas betul, kadang-kadang tangan ni pandai gatal hendak menggaru dan bila di garu lama-lama luka bila sudah luka jadilah parut yang berwarna hitam. 

Jadi admin pun cari lah cara penyelesaian, cari punya cari admin jumpalah satu sabun ni, mau tahu sabun apa rujuk gambar dibawah.

Tadaaa perkenalkan Sabun sulfur & Salicylic Acid. Sabun ni memang terbaik, antara fungsi sabun ni:

*menghapuskan jerawat
*menanggalkan kulit mati
*mengelakkan pori tersumbat
*membunuh bakteria
*mengurangkan bau badan
*melembutkan kulit

Serius lepas guna sabun ni kulit memang lembut dan bersih. Biasanya jenis kulit muka berminyak ni selalu nampak kusam kan? Kalau kamu cuci muka guna sabun ni serius nampak bersih dan memang bersih pun kan kalau sudah cuci muka hee. Tapi admin ni jenis kulit kombinasi berminyak dan kering jadi setiap kali lepas cuci dan keringkan muka admin kena guna pelembap kulit.

Dimana boleh dapatkan sabun ni? Sebenarnya sabun ni mudah didapati dimana-mana Farmasi, sabun sulfur ni juga ada bermacam jenis dan jenama jadi kamu boleh pilih mana yang berkenan. Kalau ragu-ragu dengan keberkesanaan atau kesesuaian dengan kulit boleh cuba sabun yang size kecil dahulu.


Sebelum admin lupa ,admin hendak berikan satu tips tapi rasanya ramai yang sudah tahu, kalau kamu cuci muka pastikan cuci dengan lembut, jangan sental lama-lama ,jangan sental secara kasar sebab ia akan merosakkan kulit kamu . Sentiasa jaga kebersihan dan elakkan memicit jerawat. 

P/S: Harga sabun dalam Rm8++ tapi ikut farmasi juga mungkin ada jual harga lebih rendah & mungkin juga ada yang jual harga tinggi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...