Khamis, 20 Mei 2021

[TERKINI] PENJELASAN MENGENAI KRITERIA KELAYAKAN PROGRAM eBELIA

 


[TERKINI] PENJELASAN MENGENAI KRITERIA KELAYAKAN PROGRAM eBELIA⠀
Kementerian Kewangan Malaysia mengambil maklum mengenai kemusykilan orang ramai mengenai kriteria kelayakan Program eBelia, iaitu mengenai had umur dan status pengajian pemohon.⠀
Oleh itu, Kementerian Kewangan Malaysia ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa inisiatif ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang:⠀
(1) mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada 2001-2003); 

ATAU⠀
(2) belajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

Ini bermakna, mereka yang berusia lebih 20 tahun tetapi belajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar layak untuk menerima manfaat eBelia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...