Rabu, 19 Mei 2021

(TRANDING) RESEPI LAKSA JOHOR cara RARA EDDY.

Resepi laksa johor cara Rara Eddy.

Spaghetti rebus dengan garam dan sedikit minyak, lepas direbus lalukan bawah air supaya proses memasak dapat dihentikan untuk elak spaghetti terlampau kembang.

2kg ikan sardin/kembung rebus asing tulang dan kisar ( tinggalkan dalam sengenggam dua isi supaya kuah laksa ada tekstur)
Tulang selepas dikisar perlu ditapis.

Udang minyak 300gram kopek isi dan kulit rebus dan kisar asing, kulit selepas dikisar ditapis.

Isi tenggiri 300gm (jika takde tak mengapa tetap manis)

Bahan kisar 

Serai 6-7 batang
Bawang merah besar 5 biji
Lengkuas 2 inci
Halia 2 inci
Cili kering 15 ke 20 batang
Kisar semua sehingga hancur lumat.

Bahan tumisan

Minyak masak anggaran secawan
Rempah kari babas 2 paket kecil
Kerisik sepaket kecil
Garam
Ajinomoto

Tumis kan bahan kisar sehingga pecah minyak 2 3 kali. Setiap kali pecah minyak tambah air. Kemudian masukkan rempah kari bersama bahan perasa.

Kuah dah terbit minyak dan cantik boleh masukkan isi ikan yang dikisar, isi ikan kasar, air tulang ikan, air kulit udang dan juga isi udang.

Diikuti kerisek dan santan.

Kuantiti air mesti dijaga, sebab kuah laksa johor mesti pekat. Ikut kepekatan yang disukai. Kalau saya agak2 senang makan pakai tangan.

Bahan ulam

Taugeh
Timun
Bawang besar
Lobak masin
Limau
Daun kesum

Sambal belacan

Belacan 2 inci mesti dibakar hingga naik bau
Cili merah

Selamat mencuba tuan-tuan dan puan-puan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...