Sabtu, 5 Jun 2021

(RANAU) PROGRAM IMUNISASI COVID 19 KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH.


PROGRAM IMUNISASI COVID 19 KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH RANAU 

Tarikh  : 5 Jun 2021 ( Sabtu )
Bertempat : Dewan Masyarakat Ranau 

Harini pemberian Vaksin akan dilakukan utk warga Ranau yang telah mendaftar meliputi fasa 2 & 3 .

Fasa 2 merangkumi warga emas yg berumur 60 tahun keatas , golongan berisiko tinggi yang mengalami penyakit kronik seperti sakit jantung , obesiti , diabetes , tekanan darah tinggi dan orang kelainan upaya ( OKU ) 

Fasa 3 merangkumi semua penduduk berumur 18 tahun ke atas . 

Di daerah Ranau , setiap klinik telah memulakan program vaksinasi utk penduduk lokaliti masing - masing . 
Dewan Masyarakat Ranau pula merupakan Pusat Pemberian Vaksin yang terbesar di Daerah Ranau . 
Tempat pemberian vaksin ditetapkan untuk anda adalah bergantung dengan alamat semasa yang ada berikan semasa proses pendaftaran . 


Yang telah mendaftar , kami akan mengedarkan tarikh utk vaksinasi melalui aplikasi Mysejahtera atau panggilan telefon . Sentiasa peka dgn tarikh di mysejahtera anda .

Kami faham anda dah lama mengisi di mysejahtera tapi belum dipanggil ,  Kami akan memanggil tuan - tuan & puan puan dalam masa yg terdekat , mohon bersabar sedikit lagi . Ponsikou😊




Sumber: Pejabat Kesihatan Daerah Ranau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...