Rabu, 28 Julai 2021

PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI SAHAJA) TAHUN 2021.


HEBAHAN: PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI SAHAJA) TAHUN 2021

📢📢‼️PERHATIAN 📢📢‼️  

Permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki Sahaja) akan dibuka bermula (Isnin) 2 Ogos hingga (Ahad) 15 Ogos 2021. 

Untuk permohonan dan maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Unit Pengambilan PDRM.


(Sila rujuk syarat-syarat kelayakan di 'Skim Jawatan' sebelum memohon). 

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Help Desk Unit Pengambilan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman di talian 03-2266 8348 / 8350 / 8351.

Sumber: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

Selasa, 27 Julai 2021

SUSPEK KES CURI DI PASAR TERBUKA RANAU BERJAYA DIBERKAS. -IPD RANAU



  Pada 27 Julai 2021 @ 0530 hrs, sebuah Kereta Peronda Polis (MPV) telah menerima satu aduan dari orang awam berkaitan kes kecurian yang sedang berlaku di belakang Pasar Terbuka Ranau.

  Dengan tindakan serta merta, MPV (SM257) bertugas iaitu Kpl Ubiat bersama Kpl/S Mohd Saip menuju ke lokasi yang dimaksudkan.

  Sewaktu rondaan sekitar lokasi tersebut, mereka telah terserempak dengan seorang suspek yang sedang melarikan diri bersama karpet.

  Lalu mereka mengejar suspek berkenaan dan berjaya menangkapnya. Hasil pemeriksaan keatas suspek tersebut telah menjumpai lima helai karpet berbagai corak yang disyaki telah dicuri.

   Suspek telah ditahan dan barang kes dirampas serta dibawa balik ke IPD Ranau untuk tindakan lanjut. Tangkapan telah dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau.

   DSP Simiun Lomudin, Ketua Polis Daerah Ranau mengambil berat berkaitan isu kecurian ini dan memohon kerjasama dari seluruh masyarakat untuk sentiasa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan salah laku jenayah, narkotik dan sebagainya.

   Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah dan Polis Daerah Ranau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas berdasarkan undang-undang yang berkuatkuasa.


Jumaat, 23 Julai 2021

300 KEKOSONGAN JAWATAN KEMENTERIAN KERJA RAYA.


IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA
(SEMENANJUNG)

SPM (KUMPULAN PELAKSANA)

JAWATAN    : PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
KEKOSONGAN : 152
SIMPANAN   : 150

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :

Tarikh tutup permohonan :01 Ogos 2021 (Ahad), jam 11.59 malam. 

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

Sekian, terima kasih.

Rabu, 21 Julai 2021

EBIT LEW JAWAB FITNAH YANG DILEMPARKAN PADA BELIAU DALAM LIVE 12:00pm 22/07/2021.


Doakan yer esok pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya. 

Saya bersyukur pada Allah kerana dia Maha Baik dan Maha Besar. Saya cuma orang biasa dan pendosa. Syukur direzekikan dapat menjadi sebahagian kecil usaha kasih sayang ini. Saya diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil.

Tapi semenjak di Mesir fitnah dan kata sinis terus menimpa saya. Dari dulu lagi saya dah biasa difitnah dan dikata begini. Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini. Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis,isteri kepada team saya menangis. Kami cuma manusia biasa. Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis. Pagi ni anak saya peluk saya menangis. Cukuplah. 

Saya Redha pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya. Ini tentang saya,keluarga dan team saya.. Menyebabkan arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan. Saya benar-benar kecewa dan sedih..

Saya berdoa dan serahkan semuanya pada Allah.


Selasa, 20 Julai 2021

PADAH MENCEROBOH, LELAKI CEDERA SELEPAS TERJUN DARI TINGKAT TIGA BANGUNAN KEDIAMAN GURU. -IPD LABUAN


LABUAN - Tindakan nekad penceroboh terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan kediaman guru membawa padah apabila mengalami kecederaan di kepala dan patah tulang tangan dalam kejadian di sebuah sekolah di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan selepas gagal melarikan diri akibat kecederaan yang dialaminya. 

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.50 petang hari yang sama daripada pengadu yang juga penjawat awam di sekolah terbabit. 

"Siasatan mendapati, pengadu bersama dua rakannya datang ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan setelah dimaklumkan oleh pegawainya dan ketika berada di tingkat tiga, terdapat sesuatu yang mencurigakan di sebalik tandas yang tertutup. 

"Pengadu kemudian bertindak menolak pintu tandas dan suspek yang dipercayai bersembunyi di dalam terkejut lalu memanjat tingkap tandas dan keluar ke beranda luar sebelum melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan itu," katanya dalam kenyataan media hari ini. 

Susulan kejadian itu, Ahmad berkata, suspek yang terbaring didapati mengalami kecederaan pada bahagian anggota badan. 
"Suspek dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan mengalami kecedeaan di kepala, patah tulang di bahagian tangan kiri serta luka di bahagian kiri pinggang namun dilaporkan stabil. 

"Pemeriksaan lanjut di lokasi juga menemui sebuah beg dan peralatan 'kuku kambing'," katanya. 

Katanya lagi, semakan rekod jenayah mendapati suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu mempunyai tiga rekod kesalahan lampau iaitu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Kes masih dalam siasatan dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tempoh tiga tahun, denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali," katanya. 

- Dikeluarkan pada 19 Julai 2021-


Isnin, 19 Julai 2021

Resepi ''JAPCHAE KOREA'' Zurina Zulkefli Dapat 21k Perkongsian.

Japchae Korea by Zurina Zulkefli
#japchaekorea

Selalu orang keliru Japchae ni suhun ke? 
**Untuk gambaran lebih jelas, sila lihat gambar terakhir. 

Saya jawab bukan, Japchae ni hidangan yang menggunakan mi kaca (sweet potato glass noodles), secara fizikal lebih kurang suhun tapi dari bahan yang berbeza. Tekstur mi kaca ni lebih kenyal berbanding suhun yang sedikit halus. Boleh rujuk gambar akhir. 

Hari ni saya masak Japchae untuk bekal minum petang suami di tempat kerja. Rasa Japchae ni sedap sebab campuran sayur yang banyak. 

"Kalau saya nak cuba masak Japchae, tapi guna suhun tak boleh ke?" Boleh je, guna resepi yang sama tapi pastikan suhun yang dimasak tidak terlalu kembang.

Saya kongsi resepi di setiap gambar ya.

Jumaat, 16 Julai 2021

TANGKAPAN KES MENGHALANG PENJAWAT AWAM MENJALANKAN TUGAS DAN MEMILIKI SENJATA BAHAYA DI DAERAH BEAUFORT.- IPD BEAUFORT


16 JULAI 2021 : TANGKAPAN KES MENGHALANG PENJAWAT AWAM MENJALANKAN TUGAS DAN MEMILIKI SENJATA BAHAYA DI DAERAH BEAUFORT.

KUALA PENYU semalam, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Beaufort semasa bertugas OP PINTU/ OP CEGAH JENAYAH telah menahan 1/L, 57 thn, B. Kadazan di Jalan Kebun Getah Batu Abai.

Semasa tangkapan hendak dibuat, suspek bertindak melarikan diri dengan motokarnya dan hampir melanggar anggota Polis. Berlaku pergelutan namun suspek berjaya ditangkap dan pemeriksaan kenderaannya menjumpai sebilah pisau dan sebilah parang yang dibawa tanpa tujuan yang sah.

Pengakuan awal suspek ada terlibat dalam kegiatan dadah dan juga pernah terlibat kegiatan pecah rumah dan membantu menyimpan barang curi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

#BeritaSabah

Jumaat, 9 Julai 2021

(BANTUAN MAKANAN) TALIAN WHATSAPP #OPBANTU SELURUH NEGARA.

TALIAN WHATSAPP #OPBANTU SELURUH NEGARA

Bantuan bekalan makanan akan diberikan segera kepada mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan.
Mana-mana individu yang memerlukannya diminta hadir sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan untuk mendapatkan bantuan segera.
Bagi individu yang tidak dapat hadir ke IPD berdekatan, mereka diminta menghubungi IPD berhampiran masing-masing melalui talian rasmi IPD atau melalui talian Whatsapp khas Op Bantu. 
Skuad AMANITA dan anggota RELA di lapangan akan ditugaskan untuk menyampaikan bantuan segera.
Semoga inisiatif Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM melalui Polis Diraja Malaysia, RELA Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat - JKM. ini dapat membantu golongan yang amat memerlukan dan meringankan bebanan yang mereka tanggung dalam tempoh yang mencabar kini. InsyaAllah.


Rabu, 7 Julai 2021

(SPP) PENGAMBILAN GURU 2021.


HEBAHAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP) akan melaksanakan urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 bagi 47 opsyen. 

Pemohon boleh melayari laman sesawang rasmi SPP (DISINI) untuk maklumat lanjut dan mula membuat permohonan di DISINI bermula 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 (sebelum jam 11.59 malam).

Walau bagaimanapun, SPP ingin memaklumkan bahawa laman sesawang rasmi SPP mengalami jumlah trafik yang sangat tinggi dan menyebabkan server mengalami gangguan capaian, pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari laman sesawang SPP dari semasa ke semasa.


Isnin, 5 Julai 2021

BANTUAN BARANG DAPUR RM100 SEBULAN .

RM100 JUTA UNTUK 300,000 ISI RUMAH GOLONGAN MISKIN BANDAR SECARA TANPA TUNAI (CASHLESS) MELALUI MYKAD BERMULA JULAI 2021⠀
✅Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.⠀

✅Diumumkan di bawah pakej PEMERKASA, peruntukan RM100 juta untuk program ini dijangka dapat memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara dengan penyaluran sejumlah RM100 untuk 3 bulan, bermula 1 Julai 2021.⠀
✅Antara barangan asas yang boleh dibeli temasuklah makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya, yang boleh di beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.⠀
✅Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat. Maklumat lanjut boleh didapati di DISINI 

Kementerian Kewangan Malaysia


TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...