Isnin, 2 Ogos 2021

SEORANG LAGI TAHANAN LARI DARI PUSAT KUARANTIN COVID-19 ILMAN PENAMPANG MASIH DIBURU.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PENAMPANG 

POLIS MINTA BANTUAN ORANG RAMAI KESAN SEORANG LAGI TAHANAN LARI DARI PUSAT KUARANTIN COVID-19 ILMAN PENAMPANG

Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lagi tahanan yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), Penampang pada 1 Ogos 2021. 

Pihak Polis IPD Penampang masih masih giat memburu seorang lagi tahanan yang melarikan diri dari pusat kuarantin iaitu :

1) MOHD RAHMAN BIN BASIR /24 TAHUN/ SEK 39A ADB 1952

Oleh yang demikian, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pihak polis juga menasihati orang ramai agar tidak betindak melindungi tahanan tersebut kerana, ia boleh menyebarkan  dan menjangkiti virus Covid-19 kepada komuniti.

“TOGETHER AGAINTS THE COVID-19, WE CAN WIN THIS COMBAT”

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

#RoyalMalaysiaPolice 
#RMP #PolisDirajaMalaysia #PenampangPoliceDistrict #PenampangCops #IPDPenampang #PolisPenampang #pressstatement #pressrelease

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...