Ahad, 1 Ogos 2021

TIGA BERJAYA DIBERKAS, SEORANG LAGI MASIH DIBURU. -Ipd Penampang


KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PENAMPANG BERTARIKH 1 OGOS 2021 

PERKEMBANGAN KES TAHANAN LARI DARI PUSAT KUARANTIN COVID-19 ILMAN, PENAMPANG - TIGA BERJAYA DIBERKAS DALAM MASA TIDAK SAMPAI 24 JAM, SEORANG LAGI MASIH DIBURU

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang mengesahkan berjaya memberkas tiga (3) daripada empat tahanan yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), Penampang pada 1 Ogos 2021 jam 3.30 pagi. 

Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Penampang telah berjaya memberkas ketiga-tiga tahanan yang lengkap berpakaian kemaja-T dan berseluar tersebut di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, Kota Kinabalu pada jam 5.45 petang tadi. 

Kejayaan pasukan BSJD telah dibantu oleh pasukan daripada IPD Kota Kinabalu dan Ketua Polis Balai Manggatal dalam mengesan ketiga-tiga tahanan iaitu :

1) ARRIPIAN BIN ABDUL /27 TAHUN/ SEK 411 KK

2) MOHD DIYAZMIR RAZIF BIN RUDYAZ /20 TAHUN/ SEK 411 KK

3) SALMAN BIN ARIP / 19 TAHUN/ SEK 323/379 KK

Sementara itu, pihak polis sedang giat memburu seorang lagi tahanan yang bolos iaitu : 

1) MOHD RAHMAN BIN BASIR / 24 TAHUN/ SEK 39A (1) ADB 1952.

Oleh yang demikian, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tahanan yang masih bolos tersebut untuk segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...