Khamis, 21 Oktober 2021

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.



20 Oktober 2021

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis Perasmian Dos Penggalak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Peringkat Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (Sabah International Convention Centre). 

Dalam majlis perasmian tersebut YAB Ketua Menteri Sabah menjadi penerima pertama dos penggalak vaksin Comirnaty (keluaran Pfizer BioNTech) di Sabah diikuti dengan YB. Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri III, YB. Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan/Menteri Kewangan II, YB.Datuk Jahid Jahim @ Nordin Menteri Pembangunan Luar Bandar dan YB.Datuk Ir. Haji Shahelmey bin Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat bersama beberapa lagi ahli Jemaah Menteri, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Negeri Sabah yang lain.

Turut menerima dos penggalak pada majlis yang sama adalah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Dr Rose Nani binti Mudin.

Majlis ini menandakan bermulanya pemberian suntikan dos penggalak kepada petugas barisan hadapan, golongan berisiko seperti warga emas berusia 60 tahun ke atas dan individu yang mempunyai komorbid yang sudah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas.

TERKINI: Anggota Bomba Lemas Ketika Misi Menyelamat Meninggal Dunia.


Anggota bomba yang terlibat dalam membantu mangsa banjir semalam di sungai Putat, Melaka telah kembali ke Rahmatullah kira-kira 3.11 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain, mengatakan mangsa Mohd Diya Che Jusoh, 46, meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

Ketika kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam, Mohd Diya dipercayai lemas ketika sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing. 

Difahamkan, beliau tersangkut dalam aliran deras air banjir sebelum anggota bomba lain bersama-sama penduduk kampung cuba menyelamatkannya. Beliau kemudian terus dikejarkan ke hospital Melaka.

Takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh dan seluruh warga JBPM Negeri Melaka.

Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada dan hamba-hambaNya yang soleh.

Selasa, 19 Oktober 2021

SANDAKAN: Bot dinaiki empat warga tempatan terbakar.


Tindakan Pantas Reef Guardian dan ATB 2 selamatkan 4 individu dari bot terbakar di Pulau Billean , Sandakan. 

Hasil maklumat mangsa, kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah hari. Bot tersebut, dinaiki oleh 4 orang warga tempatan telah terbakar sewaktu menghidupkan pam air menggunakan teknik jump-start ketika sedang berlindung di Pulau Billean kerana hujan lebat. 

Bot yang telah terbakar terpaksa dilepas dan hanyut menuju ke Pulau Tegipil yang terletak berhampiran pulau tersebut. Bot dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Kudat untuk urusan perniagaan sangkar ikan. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa berlindung di jeti Pulau Billean milik Reef Guardian kerana hujan lebat.

Keempat-empat mangsa telah dibawa ke Pulau Lankayan oleh bot Reef Guardian dan diserahkan kepada pasukan ATB 2 untuk dibawa ke Sandakan. Bot VIPER 7 ditugaskan membawa mangsa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah

Isnin, 18 Oktober 2021

MOHON SEGERA: Pelbagai kekosongan jawatan FELDA seluruh Malaysia.


Peluang Kerjaya bersama FELDA dengan gaji  minimum bermula RM1,218.00 sehingga maksimum RM9,551.00

Majikan: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Lokasi kekosongan: Pejabat FELDA Seluruh malaysia
Syarat permohonan: Rujuk Iklan

Senarai jawatan kosong yang ditawarkan:

1.) Kumpulan pengurusan dan profesional

*Pegawai pertanian gred G41
*Pegawai tadbir gred N41

2.) Kumpulan Pelaksana

*Penolong pegawai rancangan tanah gred G29
*Pembantu tadbir perkeranian/operasi gred N19
*Setiausaha pejabat gred N19
*Pegawai khidmat pelanggan gred N19
*Penyelia rancangan tanah gred G19
*Pemandu kenderaan gred H11

Lembaga kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan untuk mengisi jawatan secara TETAP untuk penempatan di pejabat FELDA seluruh Malaysia.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan  DISINI (sila layari dari PC/desktop/laptop untuk pendaftaran) sehingga 25 Oktober 2021.





SEKOLAH DIBUKA BERMULA 1 NOVEMBER 2021.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia pada 15 oktober 2021 berkaitan peralihan fasa pelan pemulihan negara (PPN) bagi negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Melaka, Selangor dan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur serta Wilayah persekutuan Putrajaya berkuatkuasa pada 18 oktober 2021.

KPM telah menetapkan bahawa jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan dibawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut.

Sehubungan dengan itu, pengoperasian institusi dibawah KPM bagi negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Perak akan terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa 2 PPN pada 18 oktober 2021. Apabila Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Perak beralih ke fasa 3 pada 18 oktober 2021, maka pengoperasian institusi pendidikan berdasarkan ketetapan fasa 3 bagi negeri Kedah dan Kelantan akan bermula pada 31 Oktober 2021 Manakala bagi negeri Pulau Pinang, Perak dan Sabah, pengoperasian institusi pendidikan berdasarkan ketetapan Fasa 3 akan bermula pada 1 November 2021.

Pengoperasian Fasa 3 PPN ini melibatkan murid prasekolah, murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional dan Program Pendidikan Khas Integrasi, Tingkatan 6 Semester 2, Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia, kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya/sekolah harian/sekolah swasta, International Baccalaureate Diploma, serta kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD) dan kelas peperiksaan antarabangsa yang lain.

Bagi negeri Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa 3 PPN pada 18 Oktober 2021. Memandangkan negeri-negeri ini akan beralih ke Fasa 4 PPN bermula 18 Oktober 2021, pengoperasian institusi pendidikan di negeri-negeri berkenaan berdasarkan ketetapan Fasa 4 PPN hanya akan bermula pada 1 November 2021. Ini turut melibatkan kemasukan bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah serta murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 sekolah menengah.

Kehadiran murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) sekolah rendah serta kelas peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sekolah menengah bagi negeri Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bermula pada 8 November 2021, iaitu seminggu selepas negeri-negeri tersebut memulakan pengoperasian berdasarkan ketetapan Fasa 4 PPN.

Institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

-TAMAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Georgetown: Seekor Babi Hutan Berkeliaran Di Persiaran Gurney.


Georgetown: Pemandu kenderaan di sepanjang Gurney Drive di sini pagi ini terkejut apabila melihat seekor babi hutan sedang berkeliaran di persiaran tepi pantai yang terkenal.  Rakaman video serta gambar babi hutan itu segera tular ke media sosial. Sebelum kejadian pada jam 9.05 pagi, babi hutan yang sama terlihat berada berhampiran pasar Pulau Tikus. 

Pegawai Tentera Pertahanan Awam daerah Timur Laut, Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata mereka bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dihubungi oleh seorang pemandu kenderaan. "  Lima anggota berusaha menangkap babi hutan itu tetapi tidak berjaya sebelum ia berlari ke jalan utama.
 Ia kemudian terus berlari ke semak di belakang medan selera Gurney Drive. Aizat berkata, Perhilitan kemudian memutuskan untuk menembak mati babi hutan itu kerana bimbang ia  akan mengganggu dan membahayakan orang ramai. "Babi hutan itu ditembak mati kira-kira jam 9.40 pagi sebelum operasi dihentikan," tambahnya lagi tiada kecederaan atau kerosakan harta benda awam dilaporkan.

Jumaat, 8 Oktober 2021

RESEPI KEK PANDAN LEYER (by: apa kau rasa)


RESEPI KEK PANDAN LAYER 
.
Bahan utk kek :
150g tepung superfine
120g gula castor
5biji telur gred A
1sdt baking powder
1sdb ovallete
90ml susu cair
90ml minyak jagung
1sdt esen vanila
Sedikit paste pandan
Pewarna hijau

Cara2
1.Ayak tepung bersama baking powder. 

2.Masukkan tepung,gula,ovallete dan telur ke dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga adunan kembang dan putih. Jangan overbeat nanti kek naik tak cantik.

3.Masukkan susu cair ,esen vanila,paste pandan dan pewarna hijau dan pukul rata. 

4. Kemudian masukkan minyak kaup balik dengan spatula.

5.Panaskan oven dulu ye. 
Masukkan adunan tadi kedalam loyang 8/9 inc. Lapik loyang dengan baking paper.

6.Bakar suhu 150°c(oven saya) selama 50 min.
 
7.Dah masak, keluarkan dari oven terus terbalikkan kek atas redai. Biarkan 5 min baru angkat loyang dan terbalikkan semula kek ikut asal.Biarkan sejuk.

Resepi Kastard Pandan
200 ml santan kara
800 ml air
200ml susu cair
100g tepung kastard
115g gula castor
1sdt garam
10g agar2 serbuk
Paste pandan
Pewarna hijau

1.Satukan semua bahan ke dlm periuk. Tepung tu ayak dulu,masak dengan api perlahan tapi jangan kecik sangat dan kacau sampai pekat.
Sebelum masak kastard tu potong kek siap-siap nak berapa lapis tu terpulang, sediakan loyang juga, loyang yang buat kek tadi basuh siap-siap.

Cara melapis:
1.Renjis sikit loyang tu dengan air (bukan air paip ye) air masak, Kemudian kek potong 2 jer.

2.Bahagi kastard tu pada 3 bahagian. Agak-agak jer. Mula-mula cedok kastard masuk dalam loyang dan ratakan.

3.Ambil sekeping kek letak atasnya kemudian cedok lagi kastard boh atas kek. Ratakan terutama bahagian tepi pastikan kastard masuk betul bahagian tepi loyang. Hentak sedikit loyang tu supaya kastard rata. 

4.Kemudian ambil lapisan kek yang kedua letak atas kastard tu dan tutup kembali dengan kastard yang akhir, ratakan dan hentak loyang lagi.

5. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang- kurangnya 4 jam.

Cara nak keluarkan kek :
Kalau nampak kastard melekat kuat kat tepi loyang, lalukan sikit tepinya dengan hujung pisau, tapi jangan sampai ke bahagian bawah loyang, sikit jer masukkan hujung pisau.

Selamat mencuba!😘

Kredit: apa kau rasa

Khamis, 7 Oktober 2021

BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC) :KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK.

Kepada mana-mana individu yang layak menerima Bantuan Khas Covid -19 tetapi berstatus gagal kredit ataupun tiada maklumat akaun bank boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank bagi memudahkan bayaran fasa seterusnya.

Proses kemaskini bermula dari 07/10/2021 sehingga 21/10/2021. Kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank disarankan untuk membuka akaun seterusnya lakukan kemaskini melalui online.

Kemaskini boleh dilakukan melalui link yang disediakan dibawah.

KEMAS KINI MAKLUMAT AKAUN BANK BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)


Selasa, 5 Oktober 2021

SUSPEK KES CURI DI PASAR TERBUKA RANAU BERJAYA DIBERKAS. -IPD RANAU



  Pada 27 Julai 2021 @ 0530 hrs, sebuah Kereta Peronda Polis (MPV) telah menerima satu aduan dari orang awam berkaitan kes kecurian yang sedang berlaku di belakang Pasar Terbuka Ranau.

  Dengan tindakan serta merta, MPV (SM257) bertugas iaitu Kpl Ubiat bersama Kpl/S Mohd Saip menuju ke lokasi yang dimaksudkan.

πŸš“ Sewaktu rondaan sekitar lokasi tersebut, mereka telah terserempak dengan seorang suspek yang sedang melarikan diri bersama karpet.

  Lalu mereka mengejar suspek berkenaan dan berjaya menangkapnya. Hasil pemeriksaan keatas suspek tersebut telah menjumpai lima helai karpet berbagai corak yang disyaki telah dicuri.

   Suspek telah ditahan dan barang kes dirampas serta dibawa balik ke IPD Ranau untuk tindakan lanjut. Tangkapan telah dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau.

   DSP Simiun Lomudin, Ketua Polis Daerah Ranau mengambil berat berkaitan isu kecurian ini dan memohon kerjasama dari seluruh masyarakat untuk sentiasa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan salah laku jenayah, narkotik dan sebagainya.

   Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah dan Polis Daerah Ranau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas berdasarkan undang-undang yang berkuatkuasa.

IPDRANAUFOKUS
MPVRANAUBERSEDIA

MYfutureJobs: Elaun Rm600 Untuk Pencari Kerja.


Masih belum terlambat lagi kepada individu menganggur yang bukan pencarum PERKESO, termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal untuk mencari pekerjaan melalui SIP Prihatin 2.0

Menerusi SIP Prihatin 2.0, anda berpeluang mendapat pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs. 

Selain itu, anda akan layak menerima elaun sehingga RM600 untuk tempoh 2 bulan melalui Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan elaun tambahan sebanyak RM400 sekiranya anda berjaya kembali bekerja.

Ayuh muat turun aplikasi PRIHATIN PERKESO sekarang untuk memohon SIP PRIHATIN 2.0 sebelum 31 Disember 2021.

Daftar dan kemaskini DISINI




Isnin, 4 Oktober 2021

ROTI BAKAR KARAMEL 3 BAHAN.


ROTI BAKAR KARAMEL 3 BAHAN JE!!

BAHAN:
🍞Roti Gardenia
🍞 marjerin/butter
🍞Gula perang jenis apa pun boleh. 


Cara:
🍞 Ambil marjerin letak dalam mangkuk. Ikut la banyak mana roti yg korang nak bakar nanti.
Masukkan gula perang. Ni pun agak-agak, yang pasti gula lebih dari marjerin ye. Gaul dua bahan ni hingga tercampur rata.

🍞 Ambil roti dan sapu bancuhan ni seperti korang sapu kaya tu.
🍞 Kemudian bakar guna pan dan sambil bakar boleh sapu permukaan yang atas pulak. Bila roti dah karamel boleh terbalikkan dan bakar lagi hingga jadi karamel, boleh la diangkat.


🍞 Roti ni akan jadu tekstur yang keras2 rangup gitu. Tapi hati-hati roti karamel ni Manis dia semanis senyuman anda.

Selamat mencuba!

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...