Isnin, 18 Oktober 2021

Georgetown: Seekor Babi Hutan Berkeliaran Di Persiaran Gurney.


Georgetown: Pemandu kenderaan di sepanjang Gurney Drive di sini pagi ini terkejut apabila melihat seekor babi hutan sedang berkeliaran di persiaran tepi pantai yang terkenal.  Rakaman video serta gambar babi hutan itu segera tular ke media sosial. Sebelum kejadian pada jam 9.05 pagi, babi hutan yang sama terlihat berada berhampiran pasar Pulau Tikus. 

Pegawai Tentera Pertahanan Awam daerah Timur Laut, Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata mereka bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dihubungi oleh seorang pemandu kenderaan. "  Lima anggota berusaha menangkap babi hutan itu tetapi tidak berjaya sebelum ia berlari ke jalan utama.
 Ia kemudian terus berlari ke semak di belakang medan selera Gurney Drive. Aizat berkata, Perhilitan kemudian memutuskan untuk menembak mati babi hutan itu kerana bimbang ia  akan mengganggu dan membahayakan orang ramai. "Babi hutan itu ditembak mati kira-kira jam 9.40 pagi sebelum operasi dihentikan," tambahnya lagi tiada kecederaan atau kerosakan harta benda awam dilaporkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...