Isnin, 17 Mei 2021

(TERKINI) KREDIT e-TUNAI UNTUK 2 JUTA BELIA & PELAJAR SEPENUH MASA DIBUKA 1 JUN 2021.

TERKINI: eBelia - RM 300 JUTA KREDIT e-TUNAI UNTUK 2 JUTA BELIA & PELAJAR SEPENUH MASA DIBUKA 1 JUN 2021⠀
Sukacita diumumkan Program eBelia, iaitu sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021, dengan peruntukan RM300 juta untuk 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak akan dibuka bermula 1 jun 2021. Tujuan utama program ini adalah untuk meringankan beban kewangan mereka dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.⠀
Sebelum ini, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM100 kredit e-tunai kepada belia yang layak. Menerusi #PEMERKASA, Kerajaan telah menambah baik program ini dengan meningkatkan peruntukan kepada RM300 juta. Ini bermakna setiap belia/pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit dari penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, Shopee atau Touch ‘n Go eWallet, yang juga akan menawarkan insentif tambahan berdasarkan kempen masing-masing. 
Terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi; KBSMalaysia ; Kementerian Pendidikan Malaysia ; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ; Kementerian Pembangunan Luar Bandar ; Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM atas kerjasama di dalam menjayakan program eBelia ini. 



Kementerian Kewangan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...