Ahad, 15 Ogos 2021

IPD KOTA MARUDU: DUA LELAKI TEMPATAN DITAHAN KERANA MEMILIKI SENJATA API TANPA PERMIT SAH.


Kota Marudu,14 Ogos 2021- Bertindak atas maklumat, dua lelaki warganegara tempatan berusia 26 dan 46 tahun telah ditangkap pihak Polis di dalam dua serbuan berasingan pada 12 dan 13 Ogos 2021. Dalam Operasi yang dikenali sebagai Operasi Laras (OP Laras) yang dilancarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu, serbuan dilakukan oleh sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Marudu itu bagi memburu mereka yang memiliki senjatapi buatan sendiri atau peluru tanpa lesen atau permit yang sah. 

Dalam serbuan pertama pada 12 Ogos 2021 jam lebih kurang 3.40 petang, pihak polis telah menyerbu sebuah rumah tidak bernombor, Kg Seribudaya, Pitas Sabah. Hasil pemeriksaan telah menemui 01 laras senjata buatan sendiri (Bakakuk) yang disembunyikan di atas siling rumah. Pemeriksaan lanjut turut menemui 02 butir peluru hidup yang disimpan di dalam bekas kaca mata dalam kabinet rumah. Tangkapan melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun. 

Serbuan kedua pada 13 Ogos 2021 jam lebih kurang 12.10 tengah malam, pihak Polis telah menyerbu sebuah rumah tidak bernombor, Kg Pinapak, Pitas Sabah. Hasil pemeriksaan telah menemui 01 laras senjata buatan sendiri jenis Ginsuk yang diletakkan di atas lantai kaki lima rumah tersebut berhampiran suspek. Pemeriksaan turut menemui alatan Ginsuk iaitu sebatang kayu panjang, satu balang plastik timah, 01 botol kepala mancis, 01 getah selipar dan segumpal kertas putih yang berada berdekatan Ginsuk.

Kedua-dua suspek telah direman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes diklasifikasi di bawah seksyen 8 (a)  Akta Senjata 1960. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 7 tahun, atau dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali.


#StaySafe
#KitaJagaKita
#PelanPemulihanNegaraFasa2 
#Ipdkm14ogos2021
#Poliskotamarudu

Rabu, 11 Ogos 2021

JAWATAN KOSONG KEMAS.


Jawatan: Penolong Jurutera Gref JA29
Majikan: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Tarikh tutup permohonan: 24 ogos 2021

Syarat permohonan:

*Warganegara malaysia berumur 21 tahun keatas pada tarikh tutup iklan.
*Calon hendaklah memiliki kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat sijil pelajatan Malaysia atau Sijil vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan Malaysia
*Memiliki diploma akademik dalam bidang kejuruteraan
*Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip
*Mempunyai nilai CGPA 3.0 keatas
*Mahir menggunakan perisian mikrosoft office
*Mempunyai lesen memandu kelas B atau D
*Mempunyai kemahiran dalam menganalisis data atau maklumat


Permohonan jawatan boleh dibuat  DISINI

Isnin, 2 Ogos 2021

TAHANAN TERAKHIR BERJAYA DIBERKAS. -IPD PENAMPANG

 PERKEMBANGAN KES TAHANAN LARI DARI PUSAT KUARANTIN COVID-19 : TAHANAN TERAKHIR BERJAYA DIBERKAS, POLIS GESA SEMUA KONTAK RAPAT SEGERA LAKUKAN UJIAN CALITAN COVID-19

“TOGETHER AGAINTS THE COVID-19, WE CAN WIN THIS COMBAT”

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”


SEORANG LAGI TAHANAN LARI DARI PUSAT KUARANTIN COVID-19 ILMAN PENAMPANG MASIH DIBURU.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PENAMPANG 

POLIS MINTA BANTUAN ORANG RAMAI KESAN SEORANG LAGI TAHANAN LARI DARI PUSAT KUARANTIN COVID-19 ILMAN PENAMPANG

Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lagi tahanan yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), Penampang pada 1 Ogos 2021. 

Pihak Polis IPD Penampang masih masih giat memburu seorang lagi tahanan yang melarikan diri dari pusat kuarantin iaitu :

1) MOHD RAHMAN BIN BASIR /24 TAHUN/ SEK 39A ADB 1952

Oleh yang demikian, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pihak polis juga menasihati orang ramai agar tidak betindak melindungi tahanan tersebut kerana, ia boleh menyebarkan  dan menjangkiti virus Covid-19 kepada komuniti.

“TOGETHER AGAINTS THE COVID-19, WE CAN WIN THIS COMBAT”

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

#RoyalMalaysiaPolice 
#RMP #PolisDirajaMalaysia #PenampangPoliceDistrict #PenampangCops #IPDPenampang #PolisPenampang #pressstatement #pressrelease

Ahad, 1 Ogos 2021

TIGA BERJAYA DIBERKAS, SEORANG LAGI MASIH DIBURU. -Ipd Penampang


KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PENAMPANG BERTARIKH 1 OGOS 2021 

PERKEMBANGAN KES TAHANAN LARI DARI PUSAT KUARANTIN COVID-19 ILMAN, PENAMPANG - TIGA BERJAYA DIBERKAS DALAM MASA TIDAK SAMPAI 24 JAM, SEORANG LAGI MASIH DIBURU

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang mengesahkan berjaya memberkas tiga (3) daripada empat tahanan yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), Penampang pada 1 Ogos 2021 jam 3.30 pagi. 

Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Penampang telah berjaya memberkas ketiga-tiga tahanan yang lengkap berpakaian kemaja-T dan berseluar tersebut di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, Kota Kinabalu pada jam 5.45 petang tadi. 

Kejayaan pasukan BSJD telah dibantu oleh pasukan daripada IPD Kota Kinabalu dan Ketua Polis Balai Manggatal dalam mengesan ketiga-tiga tahanan iaitu :

1) ARRIPIAN BIN ABDUL /27 TAHUN/ SEK 411 KK

2) MOHD DIYAZMIR RAZIF BIN RUDYAZ /20 TAHUN/ SEK 411 KK

3) SALMAN BIN ARIP / 19 TAHUN/ SEK 323/379 KK

Sementara itu, pihak polis sedang giat memburu seorang lagi tahanan yang bolos iaitu : 

1) MOHD RAHMAN BIN BASIR / 24 TAHUN/ SEK 39A (1) ADB 1952.

Oleh yang demikian, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tahanan yang masih bolos tersebut untuk segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

POLIS BURU EMPAT TAHANAN LELAKI MELARIKAN DIRI DARI PUSAT KUARANTIN COVID-19.- IPD PENAMPANG

01 OGOS 2021 - SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PENAMPANG

⭕POLIS BURU EMPAT TAHANAN LELAKI MELARIKAN DIRI DARI PUSAT KUARANTIN COVID-19.

TERKINI: SABAH MULAKAN PEMBERIAN DOS PENGGALAK.

20 Oktober 2021 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor hari ini merasmikan Majlis...